Thursday, July 16, 2009

Top Up

Salam semua. Hari ini nak bercerita tentang "topap". Bukan topap hanset tu. Tapi topap PAHALA. Macam mana?

Saya nak cakap pasal solat sunat rawatib, iaitu solat sunat yang dilakukan sebelum dan selepas solat fardu. Kalau time SPM dulu, selalu keluar soalan:

"Apakah kelebihan menunaikan solat sunat rawatib?"

dan jawapan saya selalunya ialah:

"Menampung kekurangan pahala solat fardu yang dilakukan"

Tapi, kita selalu mengabaikan solat sunat ini sungguhpun mengetahui banyak fadilatnya. Mungkin kita fikir,buat yang fardu je dah la.
Mengapa ye?

Mungkin kerana memikirkan kekangan masa yang singkat dan banyak lagi kerja yang lebih penting untuk dibereskan. Urusan dunia belaka.



Namun tidak sanggupkah kita berkorban masa hanya untuk 2 atau 4 rakaat solat extra?

Sempurna sangatkah solat fardu kita tu?


Kalau kredit phone tinggal sikit, kita mesti dah stand by topap awal-awal, tapi kalau dah tahu solat fardu tu tak sempurna, kenapa tak topap dengan solat sunat?


Saya juga pernah mendengar bahawa, sesuatu amalan yang dilakukan selama 40 hari berturut-turut, nescaya ia akan menjadi darah daging kita. Mudah-mudahan kita dapat istiqamah dalam melakukan amalan-amalan sunat ni.

Untuk lebih info tentang solat sunat rawatib (dan solat-solat sunat yang lain) boleh klik sini.

Rasulullah SAW bersabda,
Sesiapa yang sembahyang sebelum Fajar dua rakaat, dan sebelum Zohor empat rakaat dan selepasnya empat rakaat pula, serta rakaat sebelum Asar, masuklah dia ke dalam syurga." (Muttafaq 'alaih)


Wallahu'alam.

No comments: