Tuesday, July 7, 2009

6th July 2009

Pelajar-pelajar IB seluruh dunia cuak menantikan tarikh di atas. Hari di mana keputusan IB akan diumukan secara rasmi. Saya juga turut merasakan debaran. Alhamdulillah. Keputusan saya cukup untuk melayakkan saya menyambung pelajaran di bumi asing. InsyaAllah.

Laman web untuk mengakses keputusan IB.

Syukur. Keputusan tidaklah tinggi mana, tapi saya tahu itu yang terbaik untuk saya. Ada juga beberapa kenalan yang tidak berjaya melepasi 'requirement' yang diperlukan. Tidak kurang juga yang berjaya dengan cemerlang. Rezeki masing-masing. Saya mendoakan yang terbaik untuk semua. Walaupun ada yang tak lepas, bagi saya, kita semua dah berjaya dari segi usaha. Contohnya, mungkin ada orang dapat 31 je. Tapi, sebelum ni dia tak pernah dapat points banyak tu. So, itu satu kejayaan juga. Mungkin orang lain tak nampak kejayaan tu. Tapi, kita tahu pencapaian kita.

Kejayaan tidak bermakna dapat 35 and above.
Kejayaan tidak bermakna dapat semua 6 in HL.
Kejayaan tidak bermakna dapat pergi oversea.

Kejayaan ialah apabila kita menerima segala ketentuan-Nya dengan hati yang redha dan meletakkan sepenuh keyakinan kepada-Nya.

Sesungguhnya Dialah perancang terbaik.

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedangakan kamu tidak mengetahui." [Al Baqarah:216]


Pernah juga mempersoalkan,

"Kenapa tak leh dapat 7?"

"Ni kalau dapat 7 kan best..."

"Ala.. 5 je?"

"1 je bonus point"

"Malay 6 je... "

Tapi bila difikirkan semula, kita memang selalu tidak pernah puas. Sentiasa mengharapkan yang lebih baik. Ini memang lumrah manusia. Tapi, sesungguhnya, apa yang Dia bagi tu, pasti ada hikmahnya. Kita cuma perlu fikirkan dan lunasi.

Kebetulan, semalam terjumpa artikel ini.

Mungkin ada yang pernah membacanya di mana-mana. Saya tertarik dengan kata-kata di bawah.

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

Segala apa yang kita perolehi di dunia ini hanyalah sementara. Keputusan peperiksaan kita tidak penting pun. Hanya Iman dan Amal yang akan dibawa mati.

Jadi mengapa begitu mengejar dunia? Inilah silap kita. Kita tahu dunia ini sementara namun tidak pula kita berusaha untuk akhirat yang kekal abadi. Tidak salah mengejar dunia, tapi janganlah pula meninggalkan akhirat begitu sahaja. Kedua-duanya perlu seimbang. Jika kita tahu matlamat hidup di dunia ini adalah sebagai khalifah-Nya, InsyaAllah, segala ujian dunia dapat kita hadapi secara tenang dengan izin-Nya.

Apa yang saya nak sampaikan ialah, keputuasan IB (atau apa-apa peperiksaan pun) ini hanyalah kelayakan untuk perjalanan hidup di dunia. Hasilnya adalah untuk dunia. Sama-samalah pula kita mencari kelayakan untuk akhirat pula.

Jadikan kejayaan di dunia sebagai landasan untuk mendekatkan diri dengan-Nya.


Dunia ini tempat mencari bekalan. Bekalan untuk ke akhirat.

Ayuh, bangkit semua!

No comments: