Thursday, January 21, 2010

Choose one ...

"Kalau kamu tak mampu berdakwah dengan lisan, maka berdakwahlah dengan tulisan, kalau kamu tidak mampu untuk berdakwah dengan tulisan, maka berdakwahlah dengan perbuatan (akhlaq) dan jangan sampai kerana kamu, maka orang akan mengatakan bahawa Islam adalah agama yang tidak sempurna."

Renung-renungkan dan selamat beramal. =D




Thursday, January 14, 2010

Jumaat - Friday

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi) Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq." (Riwayat Al-Baihaqi) Hadis riwayat Ibnu Kathir dari Umar r.a., siapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkanNya antara dua Jumaat.

Sunday, January 3, 2010

Hidup untuk apa?

Someone: Ada orang berkata, “Si bodoh hidup kerana mahu makan, manakala Si pandai makan kerana mahu hidup.”
Pernyataan ini tidak menyelesaikan masalah. Kerana hidup itu sendiri bukanlah suatu Tujuan. Persoalan masih tetap ada, Kenapa manusia hidup?
Para materialisme menjawab : “Sesungguhnya manusia hidup untuk dirinya sendiri dan untuk mengecapi nikmat dunia.”
Manakala, orang-orang beriman menjawab: “Sesungguhnya manusia hidup hanya untuk Tuhannya yang Maha Tinggi dan untuk hidupnya yang kekal abadi.”
-Yusuf Qaradawi- ^_^