Makan Kenny Rogers kat kenduri kahwin ke? Kaya giler... Taklah. Begini ceritanya.
Hari ini sepatutnya ada undangan ke kenduri kahwin. Lokasi majlis terletak di Dewan Tun Hamdan Syeikh Tahir, Anjung Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak. Wow! Tempat macam ekslusif je kan. Tempat ni sebenarnya terletak di antara Hospital Pusrawi dan Perpustakaan Negara. Betul-betul kat tengah tu.
So, tengah hari tadi, kami sekeluarga pun bertolaklah ke lokasi majlis. (Abang yg drive. Abah tak ikut) Semasa di dalam kereta, saya pun membelek-belek la kad jemputan kahwin tersebut.
Hardi dan Irsyida (nama pasangan mempelai yang tertera di muka hadapan kad)
Setibanya di lokasi majlis, kami pun pergi ke aras 2 iaitu tempat majlis berlangsung. Dewan itu memang nampak ekslusif la dengan pintu gerbang dan meja bulat yang nampak grand. Tetamu tidaklah begitu ramai ketika itu kerana masih ada meja-meja yang kosong. Mak berjalan di hadapan, mendahului rombongan.
Timbul tanda tanya.
Mak kata, "Haih, ini ke tempatnya. Muka semua tak kenal pun. Betul ke ni?"
"Betul la ni. Dah memang in tempatnya." Di situ memang tiada dewan lain dan membuatkan kami yakin bahawa ini lah tempatnya.
Penyambut tetamu yang menyambut kami juga tertanya-tanya tentang gerangan kami dan dia hanya membenarkan kami masuk.(Tapi muka dia can pelik aa..) Kami pun masuklah ke dalam dewan dan menjadi tumpuan seketika. Kami terus berjalan hingga ke tempat mengambil makanan. Majlis menggunakan konsep buffet.
Namun, mak tak sedap hati. Masih ragu-ragu. Saya juga mula mempersoalkan. Abang juga. Kami bermesyuarat kecil seketika di dalam dewan itu. Nasib baik lagu-lagu pengantin yang berkumandang menenggelamkan perbulan kami daripada didengar oleh khalayak.
"Ya, betulke ni Ya?", tanya Mak pada abang.
"Tadi tak tengok ke? Dalam kad kata apa? Kad dalam kereta plak.."
"Betul la ni. Tadi orang dah tengok kad tu."
Kemudian, mata ini sempat mengerling pada goodie bag yang diagihkan kepada pengunjung.
Tertera nama "Rina dan Iqbal". OK. You know what.
"Eh, mak. Ni pengantin lain ni. Orang ingat nama kat kad tu tadi Hardi dan Irsyida. Ni dah lain dah ni"
Fuh.. nasib baik tak makan lagi tadi. Kami pun keluar semula daripada dewan. Masa tu pulak ramai la tetamu yang baru nak masuk. (Malu jugak la, tapi buat muka tak malu je)
Bila diteliti semula kad tu, bukan kad yang silap. Tapi kami yang salah baca. Selalu kenduri kahwin kan tengah hari. So, tak pernah pulak nak belek kad tu masanya pukul berapa.
Di sudut kiri kad, tertulis:
Aturcara Majlis: 8.00-10.30 malam.
Hmm.. di situlah silapnya. So, moral of the story is, sebelum kita melakukan apa-apa perkerjaan, pastikan segala butiran diketahui dengan terperinci supaya tak silap macam ni.
Kenny Rogers? Ha.. lepas tu, masing-masing dah lapar sebab tak dapat makan nasi minyak. Nasib baik ada orang tu baru dapat gaji dan bermurah hati nak belanja Kenny Rogers. Alhamdulilah.. Syukran.
Ok,that's all.
Jk.
No comments:
Post a Comment