Thursday, July 2, 2009

Genting dan Niqab

Sudah ada aura kemalasan untuk meneruskan blog ini. Baru beberapa post dah malas. Haih.. apa ni.NO!..Singkirkan sikap malas itu.

Baik. Saya teruskan. Semalam saya berkesempatan pergi ke Taman Tema Genting. Pegi dengan kawan-kawan. Best la jugak mencuba permainan-permainan yang ada.
Before this, saya tak tahu saya ni gayat ke tak. Alhamdulillah. Takde la gayat sangat rupanya.

Barangan yang dijual kat situ semuanya mahal-mahal belaka terutamanya makanan. Maklumlah, tempat tinggi, kos nak angkut barang pun meningkatla. Masa mula-mula datang tu, terpaksa korbankan RM 4.60 untuk membeli 8 pieces of Kaya Ball sebab nak tukar duit. The 60 cents is for tax. Air mineral yang biasa jual RM1 jadi RM2.50. Kalau botol besar RM5. Semuanya mahal-mahal belaka. Sesiapa yang nak ke sini nanti, belilah bekalan siap-siap. (Saje je gi taw benda ni)

Sebenarnya nak sampaikan benda ni.

Niqab

Dalam kesibukan pelbagai ragam manusia di taman tema tu, saya dapat menyaksikan beberapa kaum muslimah memakai burqa atau niqab. Agak jan
ggal bagi saya melihat situasi yang sedemikian. Lebih-lebih lagi di kawasan seperti itu. Mungkin kerana saya jarang melihat wanita-wanita memakai burqa atau niqab. Menutup keseluruhan anggota badan mereka. Hanya dua pasang mata yang kelihatan. Kadang-kala, mata juga ditutup oleh kain nipis.

Mata yang hampir tidak kelihatan.

Tetapi, melihatkan wanita-wanita ini bertudung litup di kawasan yang majoritinya berpakaian bebas, timbul rasa kagum pada mereka. Mereka mampu menjaga aset wanita kurnian-Nya namun, masih tetap bebas bergerak. Sungguh, Islam itu universal.

Wanita-wanita ini, ada yang datang dengan suami mereka serta membawa anak-anak. Ada juga yang datang bersama kumpulan kawan-kawan. Mereka kadang kala mejadi pusat tumpuan dek kerana penampilan yang unik dan lain daripada yang lain.


Saya tertarik dangan cara berpakaian yang sedemikian. Pernah juga terlintas untuk memakai niqab, tapi... Ada seorang sahabat yang saya kenal di ym mengesyorkan saya mencuba untuk berniqab. Dia beriya-iya mengajak saya memakai niqab. Sahabat saya tu, memang memakai niqab jika dia keluar rumah atau bekerja. Saya tak pernah pula berjumpa dangan d
ia. Hanya view melalui web cam sahaja. And pernah la tengok gambar dia pakai niqab. Pada mulanya, pelik sebab tengok dia tutup satu kepala. (Mata pun tak nampak, scarry gak la). Rupanya, memang ada orang pakai macam tu, saya je yang tak tahu.

Gambar hiasan

So, kepada semua muslimah , sama-samalah kita sematkan niat untuk membuat satu anjakan satu hari nanti. Bukannya saya menyuruh memaki burqa atau niqab. Saya juga tidak lah sesempurna itu. Jika dulu pakai tudung pendek, sekarang pakai lah yang labuh sedikit. Jika dulu pakai tudung dengan baju lengan pendek, pakailah dengan lengan panjang. Sentiasalah berubah kepada yang lebih baik. There is always Home of Improvement. Ikutlah kemampuan diri. InsyaAllah, diberi petunjuk oleh-Nya.



No comments: