Apa yang anda sedang fikir sekarang?
Apa benda yang selalu difikirkan dalam minda anda?
Apa yang sentiasa berada dalam fikiran anda tanpa anda mahu memikirkannya?
3 soalan, namun yang pasti cuma satu jawapan. Have you got your answer?
Semua orang pasti punya jawapan yang berbeza-beza. Namun ada satu elemen persamaan bagi setiap jawapan-jawapan ini.
Apa yang kita selalu fikir-fikirkan sebenarnya? dan kenapa kita selalu fikirkan perkara tersebut.
Subjek yang kita fikirkan boleh jadi apa-apa sahaja. Sebagai contoh, famili, kawan, exam, study, masa dll...
From this variety of answers, what element do they share?
Mugkin anda selalu teringatkan seseorang sehingga dalam melakukan apa-apa pun, anda akan sentiasa terfikir tentang insan tersebut. Mungkin anda tak nak pun fikir tentang dia, namun anda tak dapat lupakan dia...
Mungkin anda selalu terfikir anda banyak benda dibaca. Bukan buku2 study je, buku2 tarbiah, fiqh, fikrah dll pun nak kena cover jugak. Belum lagi nak baca email, isu2 semasa, apa yang dah jadi dgn Islam sekarang, Palestine, blogs dll. Banyaknya nak baca..Kesibukan meyebabkan anda mencari-cari peluang untuk meggunakan masa untuk membaca apa yang sepatutnya.
Mungkin anda selalu terfikirkan exam yang bakal menjelang. Macam mana nk study dr awal. Kalau yang bekerja pula mungkin asyik terfikirkan kerenah di tempat kerja.
Mugkin kita selalu terfikirkan itu dan ini.
Mungkinkah kita memikirkan tentang Allah setiap masa? Di manakah Allah apabila kita sedang asyik memikirkan itu dan ini?
Kita terfikirkan tentang insan, buku2 dan pelajaran kerana kita sebenarnya sayangkan perkara2 tersebut. Ya. Inilah elemen yang dipunyai oleh segala benda yang kita selalu fikirkan.
Sayang.
Kita sayang pada famili, sahabat2, buku2, exam2 (ye ke..?), dakwah dan tarbiah.. maka kita akan selalu terfikirkan perkara-perkara ini.
Namun, yang lebih besar yang perlu kita fikirkan ialah yang memberikan anugerah berfikir itu sendiri; Allah swt.
Jika dirasakan masih belum cukup mengingati Dia, mungkin kita boleh reflect diri sejauh mana kita telah mencintai Dia.
Kerana jika kita benar2 sayangkan Dia, fikiran kita secara automatis akan sentiasa mengingati Dia. Dia akan hadir dalam setiap gerak langkah kita, dalam setiap helaan nafas dan dalam setiap kerdipan mata.
Ya Allah semoga diri ini sentiasa menjadi hamba yang sentiasa mengingatiMu melebihi segala perkara yang ada di atas muka bumi ini..
Apa yang anda fikirkan sekarang?
yang terus berfikir
p/s: ok.. study czech sekarang.. study kerana Allah k..
No comments:
Post a Comment