Sunday, February 20, 2011

Hidup ini pilihan

Setiap hari dalam hidup kita, kita tidak akan lari daripada melakukan pilihan. Untuk membuat pilihan dalam hidup sudah seakan menjadi perkara rutin dan kita tidak sedar bahawa sebenarnya setiap saat kita sedang melakukan pilihan. Huh?

Seawal kita celik mata di kala Subuh hari, kita diberi pilihan sama ada untuk terus bangun atau meyambung lena..

Kita memilih untuk mengaji satu page atau mengaji dua page..

Kita memilih untuk mandi atau tidak..

Kita memilih untuk pergi ke lecture atau tidak..

Kita memilih untuk makan roti atau sekadar minum air sahaja..

Kita memilih untuk bercakap atau sekadar berdiam diri..

Saya memilih untuk menulis di sini...

Setiap saat kita mempunyai pilihan-pilihan yang memerlukan kita memilih dan membuat keputusan. Untuk sesuatu perkara, kita mungkin memiliki lebih daripada dua pilihan tetapi kesemuanya hanyalah variasi daripada dua pilihan utama iaitu ; ya atau tidak.

Dan untuk setiap perkara yang memerlukan kita membuat pilihan itu, apakah neraca yang kita gunakan untuk menentukan keputusan kita?

Kita memilih untuk makan kerana lapar.

Kita memilih untuk mandi supaya rasa lebih segar.

Kita memilih untuk bersahabat supaya tidak keseorangan.

Kita memilih untuk belajar kerana nak faham sesuatu.

Kita memilih untuk tidur kerana mengantuk.

Kita memilih…

Namun, selain daripada menjadi insan yang selalu memilih, harus diingat bahawa kita ini insan terpilih.

Allah telah memilih untuk menghidupkan kita di atas muka bumi ini.
Sudah pasti pilihan Allah untuk menciptakan kita bukanlah pilihan yang biasa-biasa.
Sudah pasti Allah punya alasan dengan menjadikan kita penghuni dunia yang sementara ini.

Jika kita ingin membuat pilihan, sudah pasti kita mahukan yang terbaik daripada apa yang kita pilih.

Jadi, apabila Allah membuat pilihan, sudah pasti Allah juga mahukan yang terbaik daripada apa yang dipilih.

95:4

Kita pilihan Allah di atas muka bumi ini. Bukankah Allah mahukan yang terbaik untuk kita?
Adakah kita sudah menjadi yang terbaik di mata Allah…

3:110

Cuma diri ini kadang kala alpa dan leka. Lupa bahawa dia dipilih oleh Allah untuk melakukan sesuatu sebaiknya. Memilih apa yang baik untuk dirinya. Memilih dengan meletakkan Allah sebagai neraca, supaya setiap pilihan mendapat redaNya.

Wahain insan terpilih. Ingatlah Dia telah memilih untuk menjadikan kamu di atas muka bumi ini untuk tidak disia-siakan begitu sahaja. Carilah Dia dalam setiap pilihanmu, nescaya beroleh redhaNya…
Kerana pilihan yang terbaik itu ada pada redhaNya.

Wallhualam~

No comments: