Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsi tentang cerpen yang saya baca tidak lama dulu. Saya rasa cerpen ni bagus and banyak mesej yang boleh diambil. Bukan kisah cinta biasa la. Saya ni jarang baca cerpen or novel melainkan ada orang promote pasal story tu. Disebabkan ramai yang kata cerita Cinta Nurul ni best. Saya pun baca la. Alhamdulillah, worth it la baca. Sedikit latar belakang cerpen ni:
Judul: Cinta Nurul
Penulis: Syuhada_aku
Genre: Cerpen
Bilangan muka surat: 58 m.s (setelah dikompilasikan)
Sumber: IluvIslam (ILI)-klik untuk muat turun cerpen di sini
Cerpen ini mengisahkantentang kisah cinta Nurul terhadap suaminya, Arief. Kedua-duanya saling mencintai. Setelah beberapa tahun berkahwin, Arief meragui cinta Nurul terhadapnya. Nurul pelik dengan tingkah laku Arief yang semakin dingin saban hari. Nurul bukanlah wanita biasa. Semua ciri-ciri isteri solehah ada padanya. Arief tahu itu semua, namun dia buta seketika. Apakah yang membuatkan Arief meragui cinta suci isterinya sendiri?
Hafiz, sahabat baik Arief turut menyimpan perasaan terhadap Nurul. Perasaan tersebut hanya dipendamkan. Dia lebih senang melihat Nurul jika dia bahagia dengan Arief. Oleh itu, apabila berlaku keretakan dalam rumah tangga Arief-Nurul, Hafiz tidak berdiam diri. Dia tahu dia harus membantu pasangan itu. Namun, niat baiknya disalah ertikan Arief yang merasakan ada sesuatu di antara Hafiz dan Nurul.
Nurul sebenarnya sedang hamil 5 bulan. Pada suatu hari, kecelakaan telah menimpa Nurul. Semuanya gara-gara sikap Arief yang tetap berkeras dan enggan mendengar penjelasan oleh Nurul tentang salah faham yang berlaku antara mereka. Nurul terjatuh ke dalam sungai dan hanyut dibawa arus. Nurul hilang.
Setahun telah berlalu dan Nurul masih tidak ditemui. Arief kesal. Dia tahu dia bersalah dalam hal itu. Lebih-lebih lagi setelah dia mengetahui bahawa isterinya tidak besalah. Kejahilannya memakan diri. Di mana cinta Nurul itu? Setalah setahun Nurul hilang, masih hidupkah dia? Bagaimana Arief terus hidup dalam kekesalan?
Segalanya akan terjawab kalau anda baca cerpen ni… =D
Apa yang saya nak tekankan ialah tentang pengkisahan watak-watak dalam cerpen ni. Jelas digambarkan kebergantungan Nurul kepada Yang Maha Esa sama ada ketika senang mahupun susah. Arief juga, reda dengan ketentuan Ilahi dan sentiasa mengharapkan petunjuk dari-Nya. Ini adalah salah satu perkara yang boleh kita contohi dan reflect kat diri kita. Dalam cerpen ni, diselitkan juga coretan Diari Nurul. Saya tertarik dengan cara penulisan diari tersebut yang disajikan dengan puji-pujian terhadap Yang Maha Kuasa . Rasa macam nak tulis diari macam tu jugak.
Untuk lebih lanjut lagi. Bacalah cerpen ni. Memang agak sakit mata la sebab tengok skrin computer lama-lama. But, it’s worth it. Moga mendapat input yang berguna.
Jazakillah.
p/s: I am not really good at telling story. Just nak menyampaikan.
No comments:
Post a Comment