Wednesday, June 24, 2009

Bicara tentang "gerak"

Assalamualaikum w.b.t

Kulsem pagi tadi berbicara tentang "bergerak". Apa yang anda faham dengan bergerak? Semua orang pasti ada gambaran masing-masing tentang apa yang dimaksudkan dengan bergerak. For me, "Bergerak" ni kalau dilihat dari aspek tersirat ialah menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Atau dengan erti kata lain amar makruf nahi mungkar. Atau lebih ringkas lagi, dakwah.

Jadi, adakah kita "bergerak" selama ini? Bukankah "bergerak" itu merupakan tanggunggjawab yang dituntut ke atas kita selaku hamba-Nya. Saya percaya, setiap orang ada cara "bergerak" yang tersendiri untuk menggerakkan apa yang patut digerakkan. Kadang-kala, kita juga perlu digerakkan untuk menambahkan ilmu di dada, merungkaikan kekeliruan dan merapikan kekusutan.

Salah satu persoalan yang dibangkitkan oleh e c a h h u s s i n , "rasenye, sape yg kene bergerak, n siapa perlu digerakkan, n untuk siapa kite bergerak?"

Kita semua perlu bergerak demi DIA. Mungkin kita rasa kurang yakin dengan apa yang hendak dikatakan dan rasa takut untuk "bergerak". Bagaimanakah melahirkan rasa yakin itu? Kata 'aisyah imail, "yakin datang dari iman".

"matlamat asal kene jelas.. ble dh faham.. then akan yakin
kyakinan bukan datang memswine buta
memswine=membabi buta"

Melalui diskusi ini, saya lihat ada tiga golongan:
1. Golongan yang tidak bergerak kerana takut apa yang disampaikan tidak betul dan dilabel, "Eleh, macam taw sangat je."
2. Golongan yang bergerak tapi apa yang disampaikan tidak tepat (dan dengan harapan ada pihak yang akan membetulkannya, InsyaAllah)
3. Golongan yang bergerak dan tahu apa yang disampaikannya (dan dapat menimbulkan kesedaran dalam diri kumpulan sasaran)

Kita di mana? Selama ini, saya mungkin berada dalam golongan yang pertama. Sentiasa mendengar dan terus mendengar tanpa menyampaikan atau mengaplikasikan. Bila difikirkan semula, sayangnya menjadi golongan yang pertama. Jika bergerak, setidak-tidaknya, kalau apa yang disampaikan salah, ada juga orang yang membetulkan. Mungkin iman dalam diri ini belum betul-betul utuh dan mantap. Namun, jika itu yang ditunggu, sampai bila ingin terus berdiam. Mungkin dengan "bergerak", akan lahir iman yang dicari.

Bergerak tidak semestinya bijak melontarkan kata-kata.
Bergerak tidak semestinya bercakap berjela-jela.
Bergerak juga tidak semestinya perlu ada nama.

Jika ada semua ini, itu satu advantage. Namun,sesiapa sahaja boleh bergerak. Dan cara untuk bergerak itu terpulanglah kepada setiap individu as long as tidak keluar dari jalan-Nya.


Alhamdulillah, akhirnya terbit rasa untuk melaksanakan satu anjakan. Anjakan ini mungkin kecil dan tidak begitu signifikan. Bukankah sekecil-kecil zarah kebaikan yang kita lakukan tetap dikira.

Wassalam...

Nota: Pesanan untuk diri sendiri supaya sentiasa menjadi yang lebih baik dalam usaha menjadi hamba-Nya yang beriman dan sentiasa memperbaiki diri untuk terus "bergerak". Mohon tunjuk ajar kalian.

No comments: