Wednesday, May 4, 2011

Apa yang manis?

Bila anda dengar perkataan "manis"

Apakah yang terbayang di fikiran?



gula, gula-gula, masakan mak, ais krim, dll..

all sorts of food...

is it?

mm.. ada tak sesiapa terfikir tentang iman?


yeap, kemanisan iman... (halawatul iman)

sesiapa yang ada terfikir macam ni, alhamdulillah... takde la teringat kat makanan je kan..

halawatul iman? macam pernah dengar.. sounds familiar kan.. hadis ea? hurm~

selalunya kalau kita makan sesuatu, mesti kita ada rasa nk makan benda tu lagi. sebab kita dah pernah rasa kemanisan benda tu. kita rasa sedap dan nak merasai lagi kesedapan makanan tu.

contohnya, on your birthday, someone baked for you a cheesecake. Yummy right.. :) Kita mesti akan ada rasa nk makan cheesecake lagi, be it on any birthday occasion or any normal day. Why? because cheesecake tu sedap. That makes us craving for more..

Bagaimana pula dgn iman ye? Kita ni pernah ke rasa kemanisan iman tu? Adakah sebab tak pernah merasai kemanisan iman tu membuatkan kita tidak pernah craving for it?..

Apa Nabi kata tentang halawatul iman ni?

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

basically ada tiga perkara yang kita kena fulfill untuk capai kemanisan iman:
1. Mencintai Allah dan Rasul melebihi segala-galanya
2. Mencintai seseorang hanya kerana Allah
3. Benci kpd kekufuran spt benci dimasukkan dlm api neraka

then, ask ourselves, adakah kita dah pernah cuba fulfill semua tu...
merenung diri..
masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan

dalam setiap tindakan, di mana kita meletakkan Allah dan Rasul. Di manakah zikrullah dan selawat kita setiap hari? cukupkah?

dalam pergaulan dan kehidupan sehari-harian kita, adakah kita sudah menyayangi sesuatu itu keranaNya? Kita faham ke bila dikatakan sayang sstu tu kerana Allah? tahu ke nk buat macam mana?

dan sudah kah kita benci pada kekufuran seperti kita benci pd api neraka? bagaimana dgn jahiliah yang kita lakukan setiap hari, dalam sedar atau tidak. kita bencikan api neraka. Tahu keperitannya jika diazab di api neraka. Tak tertahan kepanasan yang menghambat tubuh. Namun sudah cukupkah kita bencikan jahiliah seperti itu juga? tepuk dada, tanya iman..

wahai diri,
beringatlah.. carilah kemanisan iman..
jika ditanya mengapa diri masih tetap sama di situ, tidak bergerak dan statik? mungkin kerana diri masih belum pernah disuap oleh rasa manisnya iman. Tidak pernah merasai kemanisan iman. Jadi, tiada force untuk mencari dan menambah iman.. Maka, teruskanlah berjalan dan mencari kemanisan iman..

Sesungguhnya, hati yang telah merasai kemanisan iman tidak akan mudah berpaling lagi dan akan terus maju ke hadapan demi terus merasai nikmat kemanisan iman yang dijanjikan..

InsyaAllah.. semoga dalam setiap hela nafas kita diselitkan dengan semangat untuk berusaha ke arah mencari kemanisan iman.
Semoga dengan itu, hidup kita di atas muka bumi ini akan menjadi lebih bermakna...

yang berpesan pada diri..

No comments: