Wednesday, July 7, 2010

Tiada Title untuk ini

Bismillahirrahmanirrahim ....

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Syukur padaNya kerana diri ini masih diberi kesempatan untuk menulis di sini. Terima kasih Ya Allah. Tinggal beberapa hari lagi berbaki di bumi asing ini sebelum pulang ke tanah air sempena cuti musim panas. Hampir setahun sudah rupanya diri ini belajar di sini. Bukan sahaja ilmu duniawi, tetapi juga ilmu tentang tujuan hidup yang sebenar. Syukur padanya kerana diri ini tergolong dalam kalangan mereka yang terpilih untuk memahami deen ini. Sungguh indah berada di dalam tarbiyyah ini. Segala apa yang berlaku disandarkan padaNya.

Dalam susah, ada senang. Dalam sukar, ada mudah. Dalam sempit, ada lapang.

Setinggi kesyukuran juga kerana dengan izinnya diri ini berjaya melengkapkan pertempuran2 di medan perang (exam) untuk tahun ini. Tika ini juga masih ada lagi sahabat2 yang sedang bertarung pena dan kertas. Moga urusan mereka dipermudahkan. Setiap orang ujiannya berbeza. Mungkin orang lain diuji dengan ujian kesusahan tetapi diri ini diuji dengan ujian kesenangan. MashaAllah, siapa kata ujian kesenangan itu mudah...

Sabda Rasulullah:
"Kebanyakan manusia terpedaya dengan 2 nikmat; masa sihat dan masa lapang"

Diri ini cuba memanfaatkan masa yang ada. Mengisi jiwa dan hati supaya kembali dekat kepada fitrahnya. Membaiki lompong2 yang kosong agar tidak dibiarkan terus kosong. Mengisi diri supaya dapat memberi biarpun sedikit. InsyaAllah...

Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Teringat kata2 seorang akhwat: "Baikilah diri dan serulah orang lain"

Semoga kita sentiasa berada di bawah lindunganNya dan moga diri ini terus kuat dalam tarbiyyah ini.


yang mencari kekuatan

1 comment:

a.i.s.y.a.h. i.s.m.a.i.l said...

ameen, insyaallah su :)