Wednesday, March 9, 2011

Kekuatan itu dari Allah

Pernah tak rasa lemah?

Rasa cam dah tak larat nak buat apa2?

Rasa tak mampu nak buat sesuatu?

Rasa putus harapan?

Rasa ada something yang menghalang diri untuk keep moving forward?

Sudah menjadi lumrah manusia yang lemah ini untuk merasai segala bentuk ujian sama ada susah mahupun senang.

14:28

Maka dengan itu, banyakkanlah bersabar serta yakin dengan segala ketentuan Allah kerana Dia Yang Maha Mengetahu segala sesuatu.

2:286

Sekadar melafazkan kalimat sabar itu adalah lebih mudah daripada melaksanakannya. Kerana itu ganjaran orang yang bersabar itu sangat besar, iaitu kasih sayang Allah.

Ujian-ujian yang Allah beri tu adalah tidak lain untuk menguji tahap keimanan kita pada-Nya. Maka berusahalah membuktikan sejauh mana kita mengimani Dia Yang Maha Pencipta.

29:2,3

Selaku hamba-Nya yang lemah, kita juga mudah lupa. Maka, salinglah memberi peringatan kerana peringatan itu berguna buat hamba-hambaNya yang beriman.

51:55

87:8,9

Kelemahan lawannya KEKUATAN.

Dari manakah sumber kekukuatan itu?

Tidak lain hanyalah datang dari Allah.

" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah At-Talaq, 65: 2-3]

Muhasabah diri, dalam mencari cinta Ilahi yang hakiki...





Yang mencari kekuatan ^^

No comments: