Bimilliahirrahmanirrahim
InshaAllah just nak share sket beberapa buku menarik dan best!
- Apa Ertinya Saya Menganut Islam by Fathi Yakan
(Maza Yakni Intima'I Lil-Islam)
I first heard about this book after reading a blog entry yang menceritakan tentang perginya seorang ulama yang berjasa ini pada 13 Jun 2009. Masa tu tak rasa nak baca lagi buku ni. Then, recently ada someone cadangkan baca buku ni. Masa tu ada softcopy je. Tp tak start baca lagi. Then, sekali lagi bertembung dengan buku ni. This time jumpa yang hard copy punya. Bukunya takde la tebal sangat. Ada 210 pages.
Memang tak rugi la baca buku ni. Sangat best. Menjawab dan merungkai beberapa persoalan serta banyak info2 yang ana baru tahu.
Basically, buku ni ada dua bahagian.
The first part cerita tentang syarat2 yang wajib ada pada setiap orang yang menggabungkan dirinya dengan agama Islam. Other than that, turut ditekankan ialah perkara2 yang dituntut oleh Islam ke atas seseorang Muslim supaya penggabungan mereka ke dalam agama Islam menjadi penggabungan yang sah dan benar dan seterusnya menjadi seorang Islam yang benar.
In the second part, diterangkan pula tentang kewajipan beramal untuk menegakkan Islam dan kewajipan menggabungkan diri dengan harakah Islamiah.
A few excerpts from the book:
Seorang pendakwah itu mestilah memperkatakan tentang kalimah kebenaran di mana sahaja ia berkerja dan di mana sahaja ia berada, sama ada kebenaran itu disuarakannya melalui perkataan yang mampu beliau ucapkan atau ,melalui tulisan yang mampu beliau sebarkan.
Sesaat kesabaran seseorang kamu di medan jihad adalah lebih baik dari ibadah (biasa) seseorang kamu yang dilakukan selama enam puluh tahun. (Sabda Rasulullah)
Soft copy version of the book can be downloaded here.
- Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul by Fatimah Syarha Ahmad Noordin
Mesti ramai yang dah kenal penulis novel ni kan? Ana baru je kenal nama ni. Sebab bukan hantu novel sangat. Kalau baca pun bila ada orang promote novel tu.
Novel ni tak tebal sangat. Nipis je bukunya. But, isi kandungannya sangat mantap. Sangat sesuai untuk bacaan semua golongan yang sudah matang. Buku ni kalau bagi sebagai hadiah kahwin pun best jgak. Heheh..
Generally, dalam buku ni, penulis menceritakan tentang perjalanan kisah cinta yang ikhlas kerana Ilahi dan akhirnya membawa kepada kebahagiaan yang abadi. If you are reading this and havent read the book yet, ana sangat syorkan untuk anda semua baca buku ni. Moga dapat ambil manfaat daripada perkongsian penulisnya.
Takde softcopy. Kat kedai2 buku insyaAllah ada. Harga RM 12 (Semenanjung)
- Denyut Kasih Medik by Dr. Farhan Hadi
Another novel yang sangat ilmiah. Penulis novel merupakan seorang medical graduate dan kini bertugas sebagai Pegawai Perubatan. Kepada yang tidak tahu, Dr. Farhan Hadi merupakan suami kepada novelis Fatimah Syarha. =D Sweet kan.. Heheh..
Novel ni bukan sahaja bagus untuk bacaan student2 medik, tetapi sangat sesuai untuk bacaan umum. Sesiapa pun boleh baca. Since ana ambil medik, bila baca buku ni, banyak jugak la life as a doctor yang ana belajar especially kehidupan i houseman. Penulis menceritakan tentang kisah doktor muda yang sedaya upaya mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih . Turut diselitkan ialah fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh cinta.
Banyak term2 medik yang digunakan dan disertai dengan penjelasan. Penulis juga bijak menggunakan dalil2 Al-Quran dan Hadis dalam mencorakkan penulisannya. InsyaAllah, ini akan memudahkan kita untuk menjadikannya sebagai rujukan .
Banyak lagi yang boleh dikupas menerusi novel ni. Kan bagus kalau novel ni boleh jadi kajian sastera kat sekolah. Jika ada masa, bacalah ye. Highly recommended.
Rasanya, cukuplah setakat itu dahulu. Actually, banyak lagi buku yang hendak dibaca dalam waiting list. Hopefully dapat finish everything within this holiday.
Salam Ramadhan. . .