Sunday, June 25, 2017

Berlalu sudah Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabat. Selamat datang Syawal, berlalu sudah Ramadhan yang dirindui. Begitu pantas masa berlalu. Bagaimana ramadhan kita semua? Apakah kita telah dapat memanfaatkannya sebaik mungkin?

Mari kita berfikir sejenak. Apa yang telah kita capai seusainya ramadhan kali ini? Adakah kita telah berjaya mengecapi matlamat bulan puasa bagi melahirkan hamba-hambaNya yang bertakwa? 

2:183 

Teringatku pada Ramadhan 1436H (bersamaan tahun 2015). Ketika itu tahun akhirku di bumi ceska. Pengalaman berpuasa semasa musim panas. Sahur seawal jam 2 pagi dan berbuka puasa hampir jam 9 malam. Pada mulanya memang agak meletihkan pabila memikirkan tempoh puasa yang panjang. Namun, apabila melaluinya sendiri, ia tidaklah seperti apa yang difikirkan. Apapun, aku cukup menghargai saat-saat itu. Manis. 

Apakah masih akan ada ramadhan untuk kita selepas ini? Pernahkah kita menyoal andai ini ramadhan kita yang terakhir? Peringatan untuk diri sendiri terutamanya. Usia muda; membuatkan kita merasa mati itu masih jauh. Namun kita terlupa bahawa mati itu PASTI dan boleh datang pada bila-bila masa. Tanpa mengenal usia.

Baru-baru ini, aku dikejutkan dengan pemergian seorang sahabat yang seusia denganku. Kami pernah bersekolah di sekolah yang sama. Walaupun tidak mengenalnya rapat, namun aku tahu dia seorang sahabat contoh. Tidak diketahui apa punca pemergiannya. Allah telah mengambilnya di bulan ramadhan yang mulia ini. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah yang Maha Esa. Al-fatihah. 

Buat diri dan siapa jua yang membaca, mari kita pohon ke hadrat ilahi, agar dikurniakan usia yang diberkati. Dijauhi daripada perkara-perkara yang keji. Serta sentiasa berada dibawah lindunganNya. Moga kita ditemukan lagi dengan ramadhan akan datang. 




  Keep on holding tight to HIM

Wednesday, May 17, 2017

KEHIDUPAN



Bismillahirrahmanirrahim


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabat. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan yang diberikannya untuk masih lagi mencoret disini.

Sudah dua tahun berlalu sejak kali terakhir aku menulis di sini. Tika itu baru beberapa bulan aku menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Refleksi seketika pabila membaca semula perasaanku kala itu. Kini segalanya berbeza. Aku kini sedang melalui satu fasa kehidupan yang berbeza daripada sejak aku BFG dahulu. 

Aku kini sudah mula bertugas di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Menjalankan tugasku sebagai seorang doktor pelatih. Penjam celik, masa berjalan begitu pantas. April 2016, aku ditempatkan di jabatan pertamaku iaitu di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, atau lebih mesra dengan panggilan O&G. Seperti kebiasaannya apabila memulakan sesuatu yang baru, aku mengambil masa untuk adaptasi dengan tugasku. Daripada merangkak, aku belajar bertatih dan akhirnya berjalan. Tidak dinafikan, acapkali jua diri ini jatuh. Tapi adat jatuh, perlu bangun (read: up and down). Itulah yang telah tarbiyah ajarkan padaku.

Tempoh 4 bulan pertama berakhir. Aku berjaya keluar daripada department O&G on-time. Alhamdulillah. Adalah menjadi harapan setiap doktor pelatih untuk menghabiskan sesuatu posting dengan jayanya tanpa ada delay

Seterusnya, aku ditempatkan pula di jabatan perubatan, atau nama glamournya MEDICAL. Sebuah jabatan yang terkenal dengan kesibukannya. Disinilah tempat yang kita boleh jumpa segala macam jenis penyakit dan belajar banyak perkara. Berbeza dengan jabatan O&G, di medical waktu kerja ialah secara on-call system dan bukan syif sistem. (Setiap hospital mugkin akan ada working hour yang berbeza). Maksud oncall system ialah, doktor pelatih perlu mula bertugas daripada jam 7 pagi sehingga 12 tengah hari keesokan harinya. Itu pun jika semua kerja telah siap. Jika tidak, terpaksa lah stay sehingga siap kerja. Memenatkan itu sudah semestinya. Badan sangat letih dan mata hanya menanti untuk dipejam. Jika perlu memandu untuk pulanng sewaktu post-call, terpaksalah juga jegilkan mata ini. Hanya mengharapkan dijauhkan dari segala musibah yang tak diingini. 

Tempoh 4 bulan kedua berlalu, namun aku masih tidak dapat menghabiskan perjalananku di jabatan medical. Aku diuji. Diuji dengan beberapa ujian yang membuatkan aku terpaksa melalui tempoh lanjutan di jabatan ini. Waktu itu sangat getir dan merisaukan memikirkan nasibku di jabatan ini. Aku diberikan beberapa surat amaran atas kesilapan dan kecuaian yang aku lakukan dalam tugas harianku. Selain daripada itu, aku turut diuji dengan kegagalan dalam assessment ku dijabatan ini. 

Hari demi hari berlalu. Akhirnya pada bulan Mac 2017 aku berjaya melepasi ujian penilaian yang ditetapkan. Aku hampir terpaksa ditukarkan ke hospital lain kerana tempoh lanjutan yang melebihi lapan bulan. Namun, setelah rundingan oleh pihak yang berkenaan, aku dibenarkan untuk meneruskan khidmat di hospital yang sama, tetapi perlu menghabiskan tempoh lanjutan iaitu sehingga bulan Mei. Aku akur. Moga ini yang terbaik. Aku yakin setiap yang disusun oleh Pencipta itu adalah yang terbaik buat hamba-hambaNya. Akhirnya, tamat jua khidmatku di medical.

Esok aku akan bertukar ke jabatan yang ketiga. Aku masih tidak mengetahui akan ditempatkan dimana lagi. Maka, bakal bermula tempoh tagging bagi seorang doktor pelatih. Bertabahlah wahai diri. 

Ingin aku terus mencoret namun masa tidak mengizinkan. Moga diberikan lagi kesempatan masa dan idea. 

Akhirulkalam.





Keep on holding tight to HIM

Tuesday, December 1, 2015

Lembar baru

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan para sahabat.

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk mencoret disini setelah hampir dua tahun meninggalkan laman ini. Sebelum ini, acap kali terlintas untuk meluahkan bicara disini namun terhenti begitu saja atas kelemahan diri menyusun masa yang ada. Setiap perkongsian yang dinukilkan adalah satu muhasabah dan ditujukan kepada diri sendiri terutamanya.

Begitu pantas masa berlalu, tamat sudah perjalanan tarbiyahku di bumi ceska. Tanggal 24 Jun 2015, secara rasmi tamat peperiksaan terakhir yang melayakkanku untuk menerima segulung ijazah perubatan. Hanya Allah yang tahu segala suka duka yang dialami sepanjang 6 tahun ini.

Diuji saat menjawab soalan bagi subjek terakhir pegajianku. Aku gagal dan terpaksa mengulang subjek tersebut. Allahuakbar! Aku cuba terimanya dengan tenang. Dan yakin bahawa pasti ada hikmah di sebalik ketentuan ini. Namun kesedihan tetap menjengah memikirkan tidak dapat bergraduasi bersama sahabat seangkatan yang lain. Memikirkan adakah diri ini terpaksa menyambung untuk satu lagi semester? Alhamdulillah 'ala kulli hal, akhirnya Allah merezekikanku dengan kejayaan apabila tiba masanya.

Setelah selesai exam terakhir itu, aku menghayati hari demi hari yang berlalu sebelum pulang ke Malaysia. Waktu itu sangat istimewa kerana berada dalam bulan Ramadhan yang mulia. Masih ku ingat, hari pertama menjejakkan kaki ke bumi ceska dahulu adalah ketika bulan Ramadhan (September 2009). Dan aku meninggalkannya juga dalam bulan Ramadhan. Sungguh cantik susunanNya.

Selamat datang ke lapangan terbang Prague.

Pengalaman berpuasa ketika musim panas cukup mencabar dan melahirkan kesyukuran. Syukur kerana Allah memberikan kebolehan untuk diri ini menghadapi hari yang panjang. Syukur kerana berpeluang merasai bukti kekuasaan Allah yang menjadikan siang dan malam. Syukur kerana dikurniakan teman-teman buat pengganti keluarga ketika bersahur, berbuka dan dapat bertadarus bersama. Sangat manis memori itu. Biarpun berpuasa dari jam 3 pagi (Subuh) sehingga jam 9 malam (Maghrib), ia bukan alasan untuk tidak menjadikan diri produktif. Kurang seminggu sebelum Aidilfiri disambut, aku telah kembali ke Malaysia, membawa bersama segala kenangan berharga.

Gambar diambil sehari sebelum pulang. #olomouc

Kini sudah 4 bulan diri ini back for good (BFG). Bermakna telah bermula 'medan' sebenar buat diri ini. Medan yang sangat dirisaukan kerana suasananya berbeza dengan kebiasaan hari-hari ku di bumi ceska. Transformasi dari zaman belajar kepada zaman pengangguran sebelum mula bekerja.

Empat bulan ini penuh CERITA,
Perlu berfikir bagaimana mahu memanfaatkan MASA yang ada,
Bagaimana mencari WANG poket untuk menyara,
Menambah ILMU tidak harus dilupa,
TARBIYAH diri juga harus dijaga,
Selagi bernyawa jiwa ini harus terus BEKERJA.

Di bumi asing itu, aku mengenali tujuan hidup ini. Atas izin dan rahmat Allah jua. Moga akan selalu ingat dan tidak lupa.



"Anda hendaklah berkemampuan untuk membaca dan menulis dengan baik..."

Kerana itu aku kembali kesini untuk berkongsi kisah pengajaran demi manfaat di hari kemudian. Buat diri ini dan juga siapa jua yang berkenaan.

Wallahu'alam.

Seakan melihat sebuah lukisan. #morskieoko




Keep on holding tight to HIM

Tuesday, December 31, 2013

Mutiara kata

"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu."
- KH. Rahmat Abdullah

*really need this at da moment*

Teruskan mujahadah, yosh!


Keep on holding tight to HIM

Saturday, July 20, 2013

Hanya Pada Ramadhan

Hanya pada Ramadhan
Setiap hari kan dihiasi dengan tilawah alquran
Dimana-mana dibaca tanpa segan
Demi mengejar pahala yang diganjarkan

Hanya pada Ramadhan
Masjid penuh setiap malam hampir sebulan
Ibu ayah dan anak-anak tidak ketinggalan
Moreh dinanti-nanti sebagai santapan
                                                               
Hanya pada Ramadhan                              
Paling kurang 8 rakaat terawih ditunaikan
Bagi yang rajin, 20 rakaat bukan halangan
Bukanlah bilangan yang menjadi persoalan

Hanya pada Ramadhan
Bangun malam jadi amalan
Munajat dan doa padaNya bersangatan
Mencari malam yang dikatakan lebih baik daripada seribu bulan

Hanya pada Ramadhan  
Makan dan minum siang hari ditahan
Begitu juga nafsu mata, hati dan tangan
Syariat dipatuhi penuh iman
                                   
Hanya pada Ramadhan
Zikrullah dan tasbih jadi rutin harian
Tak lekang menyebut nama Tuhan
Hanya mengharapkan sebuah keampunan

Hanya pada Ramadhan
Beraneka hidangan ibu masakkan
Yang dibeli di bazar juga tak ketinggalan
Asalkan cuma tiada pembaziran

Hanya pada Ramadhan
Padanya terdapat sejuta keberkatan
Malah dijanjikan juga keampunan
Serta dijauhkan daripada azab seksaan

Tiada lafaz yang bisa mengungkapkan
Rasa nikmatnya bulan Ramadhan
Seruan untuk meningkatkan ketaqwaan
Hanya pada Ramadhan


#11ramadhan



Keep on holding tight to HIM

Friday, July 5, 2013

Tribute

Ingatanku terkenang pada mereka
Saat mula berkenalan dan berbicara
Berseloka dan bergurau senda
Berkongsi ilmu dan permata

Empat tahun bersama, singkat terasa
Masa yang berlalu, mematangkan usia
Hari ini mereka memakai jubah tanda berjaya
Terbayar segala kudrat keringat dan usaha

Semester baru yang bakal bermula
Tak kan kulihat lagi kelibat mereka
Kehilangan itu pasti kan kurasa
Hanya doa menjadi penghubung setia

Namun, perpisahan ini cuma sementara
Kutahu ada rezeki nanti,  dapatlah bersua muka
Kini perjalanan harus diteruskan juga
Memburu ijazah seiring membawa  risalahNya

Memori-memori  indah yang dicipta bersama
Menjadi kenangan manis yang takkan dilupa
Motivasi untuk terus melangkah mara
Kerana di mana jua kita, matlamatnya sama

Dari hati yang tulus, maaf dipinta
Dalam tingkah mahupun bahasa
Juga terima kasih yang tidak terhingga
Atas jalinan kasih sayang nan mesra

Semoga Dia jua yang membalas dengan sebaik-baik ganjaran dariNya

Keep on holding tight to HIM

#finalyear#akhowats#willbemissedalways ^^

Friday, June 28, 2013

Hakikat Ujian


Alhamdulillah…

Kini selamat berpijak di bumi kelahiran. Kesempatan dua bulan setengah di sini harapnya dapat dimanfaatkan sebaiknya insyaAllah. Kesukaran sudah pasti terasa kerana jauh dari biah yang sudah menjadi kebiasaan di bumi ceska serta berjauhan dari sahabat2 dunia wal akhirat.

Jauh di sudut hati, ada rasa 'takut' yang bertapak dalam diri.  Rasa seperti tidak selamat walaupun berada di negara sendiri. ^^ Oh, apakah..? Moga Allah jua yang memelihara negara ini dan segala isinya insyaAllah.

Perjalanan pulang dari bumi ceska pada kali ini sedikit berbeza dan mengajarkanku beberapa perkara tentang kehidupan. Membuka mata untuk melihat dengan lebih dekat lagi warna warni bumi Malaysia. Suatu tanda bahawa masih banyak lagi tugasan yang perlu dilakukan oleh makhluk bergelar dai'.

Cabaran dan ujian pastinya akan menimpa setiap makhluk yang menjadi hambaNya di atas muka bumi ini. Di manapun kita berada, kita tak kan lari daripada ujianNya. Dan ujian itu tidak hadir melainkan apa yang telah ditentukan olehNya dan dengan tujuan untuk menguji atas amalan hamba-hambaNya. Seperti yang telah difirmankan dalam surah Al-Mulk ayat 2:

"yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa Maha Pengampun,"

Namun, mungkin saja terkadang kita mudah melatah bila mana ditimpa ujian yang besar dan tidak tertanggung. Rasa seperti ada batu besar menghempap diri, sukar untuk bergerak. Rasa jatuh (baca: down). Ini sememangnya fitrah seorang manusia , seperti mana dalam firmanNya yang berbunyi. ".. Kerana manuasia diciptakan (bersifat) lemah." -An-Nisa ayat 28

Satu lagi ayat daripada kalam suci yang seharusnya menenangkan kita ialah,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…" Al-Baqarah ayat 286.

Ayat yang bermaksud lebih kurang sama ada diulang dalam Surah Al-Mukminun ayat 62.

Jadi, setiap apa yang menimpa diri kita itu, adalah kerana Allah tahu kita mampu menanggungnya. Dan sudah pasti hanya Dia  yang dapat menolong kita melaluimya. Lantas, ujian itu sebenarnya adalah tanda bahawa Allah sedang memanggil kita supaya lebih mendekatiNya. Panggilan apakah yang lebih mulia daripada panggilan oleh Yang Maha Esa untuk mendekatiNya?

Bagi yang diuji, mari sama2 reset minda kita. Cara kita memandang sesuatu itu akan menghasilkan keputusan yang berbeza. Berbaliklah kita kepada penilaian yang menggunakan neraca Ilahi semata-mata dalam setiap urusan insyaAllah.

Seems like it is easier said than done.  Maka, mujahadah dan istiqamah sentiasa jadikan peneman.

Pesanan ini ditujukan terutamanya kepada diri ini terlebih dahulu.

#jomKuat#AllahSebaik-baikPenolong ^^









Keep on holding tight to HIM

Saturday, June 8, 2013

Untukmu Sahabat

Kehidupan kita di dunia
Penuh cabaran dan ujian darinya
Hakikat hidup ini sifatnya sementara Cuma
Suatu hakikat yang kita tidak harus lupa

Dunia ini, jadikan tempat kita mencari bekalan
Cabaran dan ujian yang datang jadikan sumber kekuatan
Pantang undur selagi nyawa masih di badan
Harap dan pertolongan kita mohon dari Tuhan

Sememangnya diri manusia itu sifatnya lemah
Namun tidak bermakna kita harus kalah
Pada dugaan hidup yang mengundang lelah
Sebaliknya kita harus bangkit dan bermujahadah
  
Kehidupan ini tidak selalunya indah
Ada kalanya kita akan berada di bawah
Tekanan hidup jadikan kita mudah marah
Jika dibiarkan lama akan jadi lebih parah

Namun, hamba yang beriman akan menyedari
Segala mehnah yang membebani
Adalah suratan dari Ilahi
Sebagai tanda sayangnya Dia pada diri

Lantas kepadaNya kita harus kembali
Mengadu padaNya dan menyerah diri
Moga diberikan ketengangan hati
Dan beroleh kebahagiaan sejati

Segala yang diciptakan olehNya pasti tidak sia-sia
Peranan kita untuk manfaatkan segala yang ada sebaiknya
Bersyukur kita punya keluarga dan sahabat yang setia
Sebagai penyeri  dan pengubat hati yang lara

Sahabatku mari kita berjalan seiringan 
Berganding bahu berpaut lengan
Neraca langit kita jadikan timbangan
Menyusun langkah ke syurga impian

#loveufillah

Keep on holding tight to HIM

Sunday, April 28, 2013

Hakikat Tarbiyyah


Tarbiyyah..
mengajar kita untuk suka pada apa yang tidak disukai
dan mengajar kita untuk tidak suka pada yang disukai
juga mengajar untuk LEBIH suka pada yang sedia disukai
dan mengajar untuk LEBIH jauh pada apa yang tidak disukai...

Hakikatnya, tarbiyyah mengajar kita untuk BELAJAR MENERIMA apa seadanya, demi menggapai redanNya.

-quoted

#thought#spontant

Sunday, April 21, 2013

R.A.S.A


Bismillahirahmanirrahim

Dari kejauhan, kedengaran burung-burung berkicauan,
Bersahut-sahutan, seolahnya mereka sedang berbicara,
Gambaran suasana alam yang damai dan menenangkan.

Hebatnya kuasa Allah yang menjadikan manusia punya pelbagai perasaan,
Tinggal kita yang harus memilih untuk merasa apa,
Begitulah hakikatnya di dalam tarbiyah.

Kadang kita merasa suka, namun ada juga duka,
Kadang kita merasa senang, kemudian didatangi pula susah,
Kadang kita tertawa,tapi ada ketikanya sedih,
Itulah sekadar secebis rasa daripada pelbagai jenis lagi perasaan yang ada.

Segala perasaan itu, tidak kiralah apa pun jua ia,
Akan membawa kepada salah satu dariapada dua kemungkinan,
Sama ada,  kita akan lebih bangkit berusaha memandang ke hadapan,
Atau akan melemahkan kita lalu jatuh tiada pengharapan.

Hakikatnya, dakwah ini akan terus berjalan meskipun dengan ketiadaan kita,
Namun, siapakah yang rugi jika kita memilih untuk tidak sama-sama berada di dalam gerabak dakwah ini?!

Dirimu, harus rela disusun,
Dirimu, harus rela dibentuk,
Dirimu, harus rela berkorban,
Dirimu, harus rela berjuang,
Selagi jasad dan roh masih bersatu, berikanlah sepenuh dirimu,
Demi mencapai matlamat yang satu.

Ukhuwwah dierat, gerakan diperkasa,
Kerana tanpa ukhhuwah yang kukuh, nescaya kita akan jadi rapuh.

Akhwati fillah, dengan angkatan ini,
Hati-hati kita akan sentiasa ditemukan,
Meskipun tidak bersua muka,
Biarpun tidak mendengar bicara,
Kerna hati dan jiwa kita telah disatukan olehNya
insyaAllah =)


#Postbulatangembira #HSP







Saturday, February 9, 2013

Ayuh bangkit!!!


Dalam kita bersuka ria, di sana ada jiwa yang berduka,
Dalam kita bergelak ketawa, di sana ada jiwa yang menangis duka,
Dalam kita merasa senang, di sana ada jiwa yang tidak kenal erti senang.

Saat ini, mungkin kita yang gembira; mereka hiba.
Esok lusa, mungkin kita pula yang bercucuran air mata; dan mereka bernafas lega.

Hakikat dunia hari ini,
yang lemah terus ditindas,
yang berkuasa bermaharaja lela,
namun Yang Maha Kuasa lebih tahu merencana.

Jiwa-jiwa yang bersuka ria, yang bergelak ketawa, yang merasa senang;
Ayuh bangkit!
Kita tiada masa untuk duduk-duduk sahaja,
Tiada masa untuk memikirkan hal diri sendiri sahaja,
Umat ini membutuhkan jiwa yang rela berkorban.

Ayuh bangkit!!
Dengan matlamat yang cuma satu,
iaitu demi menggapai redhaNya



#asuddenthought^^                                        

Keep on holding tight to HIM

Saturday, February 2, 2013

The Concept of Tawakkal

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.

Today is the second day of  the second month of the year 2013.

Suddenly feel like wanna share something from the talk that I heard from youtube. Plus that I am in this period of exams now, I find that the messages in this video were really beneficial.

You can watch it HERE.

or you can read the notes that I had written here.

The speaker start by sharing the ayat from Surah At Talaq, the one which we commonly called as 'Ayat seribu dinar'.

Look in your quran for this ayat kayh: Surah At Talaq:verse 3 

Definitions of TAWAKKAL: 
1. To rely on Allah swt for bringing all that is good for us in our life; and to dispel everything that is evil and harmful for us away from our life.
 2. To have complete certainty in that which Allah swt has and to despair from that which people own. 

Misundestanding in the concept of tawakkal: 
1. Negates from making use of means (ways). 
2. Look down upon the means as weak and think that it might not be helpful on us. 
3. Rely solely on the means.

Having reliance on Allah does not negates us from making use of means (ways). Relying on Allah means, whatever means Allah swt has give, you make outmost and the best out of them, and the result you leave to Allah. We are no one to look down upon the means in front of us. Believe that Allah will not put us in place which we are not capable of. At the same time, never ever rely solely on the means.

Fruits of TAWAKKAL. 
1. Peace of mind 
2. Help from Allah 
3. Courage and bravery inside you 
4. You attain love of Allah 
5. Allah will enter you into Jannah 

I really like the part where the speaker mention about the fruits of tawakkal. Let us strive for it!!! and hope for nothing other than Allah only. 

Alrite, that is all.

You can download this cool software that the speaker had mention here.

May Allah guide us in everything that we do and whatever happened onto us, we take is as a tarbiyyah. Just like learning medicine is a lesson; LIFE too is a lesson and Allah is teaching us.

Gambar Hiasan: Sang Mujahid :)


Keep on holding tight to HIM

Monday, October 8, 2012

I Chose To ...

Bismillahirrahmanirrahim

Biiznillah…

I chose to write here
I chose to do everything because of HIM
I chose to be like what HE want

I chose to be strong eventhough
I am actually weak I chose to accept somethings which I don’t thing I am able to
I chose to be patient and patient

I chose to be here
I chose the road I chose to go on
I chose to moving on regardless of any reason that might turn up
I chose to…

Ya Allah, guide this heart to always chose YOU
In whatever that I do

Ya Allah, I'm afraid if one day, I chose to stop!
Ya Allah, protect me from such tought!

I chose YOU, Allah And will always be…
InsyaAllah.



 Keep on holding tight to HIM

Monday, April 9, 2012

Trip to Wien

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi di atas kesempatan yang Allah swt berikan untuk ana mencoret sedikit cerita di dalam blog ini setelah sekian lama ditinggalkan ini. Sekadar ingin berkongsi rasa dan kisah menarik sepanjang perjalanan ke Viennna.



Sempena cuti easter baru-baru ini, ana bersama 4 orang sahabat telah pergi ke Vienna yang merupakan ibu negara Austria. Wien merupakan ejaan bagi Vienna dalam bahasa tempatan.  Bandar Vienna terletak hanya lebih kurang 3 jam daripada bandar Olomouc (lokasi pengajian ana).  Kami tidur di Vienna semalaman dan pulang pada keesokan harinya.

Perjalanan

Kami menaiki bas Student Agency yang bertolak daripada Brno. Kos perjalanan adalah sangat berpatutan iaitu hanya 323 kc untuk pergi dan balik.   Sementara itu, tiket daripada Olomouc ke Brno juga agak murah iaitu kira-kira 90 kc.  (1eur = 24kc)

Kami selamat tiba pada petang 7 April di Lassallestr./Praterstrn, Wien. Alhamdulillah. Bermulalah perjalanan kami di bumi Vienna. Kami memulakan perjalanan dengan mencari kawasan hostel yang telah kami tempah secara online. Bagi yang berminat untuk bercuti di Vienna dan inginkan sebuah tempat penginapan yang ekonomi tetapi selesa, ana nak cadangkan Hostel Rhuthensteiner.

Sewa untuk hostel ini agak murah jika dibandingkan dengan tempat-tempat penginapan yang lain memandangkan kos hidup di Vienna yang agak tinggi.  Jika datang secara berkumpulan, boleh la duduk dalam satu bilik. Shower dan restroom terletak di luar bilik dan perlu dikongsi bersama penghuni-penghuni lain di dalam hostel tersebut. Free wifi juga tersedia.

Malam yang sejuk

Pada malam itu, setelah selesai solat jamak Maghrib dan Isyak, kami memulakan pengembaraan di waktu malam. Atas kelemahan kami, malam tu baru kami mencari-cari tempat menarik yang boleh dilawati. Jikalau ada notebook kecil, boleh la bawak pergi travel sekali. Sangat berguna untuk seacrh apa-apa yang patut.

Suhu pada malam itu agak sejuk sungguhpun musim bunga sudah lama menjengah. Butir-butir salji kelihatan turun dari langit menghiasi kedinginan malam. Subhanallah, atas kuasa Allah. Dapat juga merasai salji di bumi Vienna ini.

Kebanyakan kedai telah tutup pada waktu malam. Jadi kami hanya berjalan-jalan di luar sambil menghirup udara malam. Tidak tahan dengan keesjukan yang melanda, masing-masing tidak sabar untuk kembali ke bilik. Sebelum jam 12 tengah malam, masing-masing sudah lena dibuai mimpi.

Keesokan harinya, kami sama-sama solat subuh berjemaah dan baca ma'thurat bersama. Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di Vienna sebelum menaiki bas pada jam 5.40 petang. Masa yang ada kami gunakan sebaiknya.

Pada jam 9 pagi, kami check out daripada hostel dan  memulakan perjalanan. Kami berjalan di sekitar bangunan-bangunan di Vienna yang menjadi kawasan tarikan pelancong.  Sejujurnya, ana kurang pasti nama tempat-tempat yang dilawati memandangkan agak sukar untuk menyebut nama-nama tempat tersebut. Kami mengambil kesempatan untuk membeli sedikit buah tangan di kedai-kedai yang terdapat disini.

Metro Vienna

Satu perkara yang menarik perhatian ana ialah benda ini:

Ana kagum dengan kepercayaan yang diletakkan kepada penduduk setempat oleh keraajaan negeri Vienna. Untuk membeli surat khabar, mereka hanya perlu menyediakan wang yang secukupnya dan masukkan duit tersebut dalam tempat yang disediakan. Kemudian boleh ambil surat khabar daripada dalam plastik. Sungguh senang dan mudah. Perkhidmatan ini terdapat di banyak tempat dan biasanya diletakkan pada tiang-tiang lampu seperti ini. 

Destinasi seterusnya, KFC halal. Antara salah satu tarikan untuk datang ke Vienna ialah adanya KFC  halal ini. Untuk ke sini, anda boleh menaiki metro dan berhenti di stesen Handelskai. KFC tersebut terletak di dalam shopping mall, Milennium City.

What makes the trip wonderful

Apa yang ana rasakan paling menarik sepanjang trip ini ialah kesempatan untuk pergi ke Islamic Center Vienna (Masjid Vienna). Anda boleh pergi ke Masjid ini dengan menaiki metro dan berhenti di stesen Neue Donau (satu stop selepas Handelskai). Setibanya di masjid ini, subhanallah, ana berasa sangat kagum kerana dapat melihat kubah masjid tersergam indah di tengah-tengah bumi eropah ini.  Sebab dah lama tak jumpa masjid.

Berdekatan dengan kawasan masjid terdapat sebuah sungai yang sangat menenangkan mata yang melihatnya. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa mendamaikan lagi suasana. Hati terasa riang apabila dapat menemui penduduk muslimat tempatan. Sungguhpun tidak dapat saling berbicara,cukuplah sekadar ucapan  salam dan ukiran senyuman yang menjadi tanda ikatan persaudaraan sesama Muslim. Hati ini terasa berada dekat dengan fitrah.



Seusai solat jamak Zuhur dan Asar,  dan sebelum meninggalkan masjid, kami mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan di hadapan masjid. Kemudian, di suatu sudut kelihatan dua orang pak cik sedang menjual barang-barang sepeti minyak atar, kopiah, kurma dan lain-lain. Kami semua berminat untuk melihat apa yang dijual dan masing-masing tidak melepaskan peluang untuk membeli sesuatu.

Ana just nak cakap, rasa seronok kat masjid ni. Alhamdulillah. Syukur pada Allah yang mengurniakan rasa ini.  Ana kagum dengan ukhwah Islamiah yang dipamerkan oleh pak cik itu. Mereka kelihatan sangat gembira dengan kedatangan kami berlima yang lagaknya seakan kebudak-budakkan sahaja.  Macam-macam juga yang kami beli di situ. Salah seorang daripada pak cik tersebut berasal daripada Bosnia dan dia tidak putus-putus  memberi kami barang-barang percuma untuk dibawa pulang. Rasa terharu T_T

Satu pesanan daripada pak cik tu yang ana rasa boleh dibawa pulang ialah, "You have to learn Arabic language"

Theme park

Jam 3 petang, kami bertolak pulang daripada masjid untuk  menuju ke stesen bas kami.

Ada lagi satu tempat yang kami pergi. Prater Amusement Park. Tempat ini terletak sangat dekat dengan stesen bas kami. Jadi masa yang masih berbaki kami gunakan untuk bermain di kawasan Theme Park itu. Permainan-permainan yang terdapat di situ lebih kurang sama seperti yang terdapat di Genting Highland. Ada Roller Coaster, Bumping Car, dan lain-lain lagi. Kos setiap game adalah berbeza iaitu antara 1-10 eur. Di sini juga terdapat kedai-kedai souvenir yang agak murah.

Time to go back

Diikutkan rasa nak cuba semua permainan yang terdapat di situ, namun harus berpada-pada. Kalau tak habis semua duit.hihi.. Kami hanya mencuba 2-3 permainan sahaja. Jam 5.20 petang, kami bertolak ke stesen bas.

Hampir 2 jam masa perjalanan yang diambil untuk  pulang ke bumi Ceska, ana gunakan untuk menulis entry ini.  Bagi sesiapa yang ingin bercuti ke Vienna, jangan lupa untuk singgah di Islamic Center Vienna. It will complete your journey insyaAllah. (saje nk promote Masjid)

Akhir kata, ana bersyukur di atas kesempatan yang Allah berikan untuk ana dan sahabat2 ana luangkan di Vienna. Ya Allah, semoga ukhuwah antara kami semakin utuh. Semoga perjalanan ini bukanlah sekadar  untuk suka-suka sahaja. Tapi harapnya, semoga perjalanan ini menjadi sebuah perjalanan yang menambahkan iman insyaAllah.




Keep on holding tight to HIM

Monday, September 5, 2011

Indahnya susunan Allah

Tinggal seminggu sahaja lagi masa yang berbaki sebelum pulang semula ke bumi Czech. Masa-masa yang tinggal ini cuba dimanfaatkan sebaiknya bersama keluarga insyaAllah.

Semalam ana perlu menguruskan beberapa urusan di bandar. Macam biasa, ana akan naik public transport untuk bergerak. Biarpun baru dapat lesen tempoh hari, tapi masih belum berpeluang nak drive sendiri. Perlu mantapkan lagi skill memandu. Masih fail di atas jalan.. Doakan.. ana nak sangat drive...

Ana saje ajak adik ana yang kecik sekali tu ikut. She is 3 years old. Bila dah ajak tu, memang kena la bawak. Mujur ada adik ana yang umur 14 tahun tu nak temankan sekali. Boleh tolong jaga adik yang kecil ni sekali.
Banyak juga tempat yang ana pergi. Angkut la adik ana ni naik teksi, LRT, dan monorail.

Mula-mula ana pergi ke post office. Nak post parcel. Ana keluar rumah agak lewat, pukul 11 lebih. Masa tu post office pun penuh. Terpaksa la menunggu sekejap. Ini nombor giliran ana.


Nombor giliran pun nak bagi tahu. Sabar ye, dengar lagi citer ana.. :) Next, ana pergi pula ke emirates office di Pavilion. Di tingkat 9. Jauh juga nak ke sana. Tapi dah alang-alang keluar rumah, pergi semua tempat terus. Kat situ pun kena ambil nombor juga. Orang tak ramai sangat, tapi kat sini paling lama tunggu.Ni nombor giliran ana.


After dah settle urusan di situ, ana saje round kedai-kedai di Pavilion. Ada nak beli something. Tapi turun naik shopping complex tu , tak jumpa barang yang dicari. Dalam pukul 3 petang baru bertolak from Pavilion. Seterusnya ana perlu menuju ke EON bank di Taman Sungai Besi. Nak bayar bil rumah. Macam biasa, kena ambil nombor juga. Ni nombor ana.


Sampai dekat bank ni pukul 4 petang. Bank tutup jam 4.30 petang. Mujur sampai on time. =)
Apa signifikannya ana bagi tahu nombor-nombor giliran ni? Heheh.. Cuba tengok apa persamaan yang ada pada nombor-nombor ni. Yeap. It ends with number 6.
Mula-mula ana tak perasan juga. Then adik ana yg 14 tahun tu bagi tahu. Mugkin kita melihat ini sebagai satu kebetulan. Takde apa yang luar biasa pun. Cuma sebagai seorang Muslim yang berfikir, kita tahu yang dalam hidup ni, takde yang kebetulan. Semunya adalah susunan Allah yang paling terbaik untuk hamba-hambaNya.

Ana rasa Allah sangat comel bila bagi ana nombor-nombor ni. It makes me think and make the journey with my adik-adik more worth it. Thanks Allah..

What's more? Ada lagi yang menarik. Sepanjang perjalanan tu, tiga kali ana naik teksi sebab memang jaraknya agak jauh.
Teksi yang pertama daripada rumah dengan pak cik Melayu.
Teksi yang kedua nak ke EON bank dengan pak cik Cina.
Teksi yang ketiga nak pulang ke rumah dengan pak cik India.
Comel tak.. Dalam banyak-banyak teksi yang ana tunggu, Allah hadirkan teksi yang pemandunya berlainan bangsa.
Bukan nak sentuh tentang konsep satu Malaysia, tetapi sekali lagi susunan Allah membuatkan ana rasa sangat kagum.

Perjalanan semalam biarpun agak penat kerana terpaksa mendukung adik yang beratnya sudah mencapai 16kg... namun, sangat bermakna insyaAllah. Bila lagi akan dapat peluang macam ni sebab ana pun dah nak berpisah dengan famili seketika...



Sampai di sini dulu coretan ana yang tak seberapa ni.
Sekadar mahu berkongsi kekaguman pada segala susunan Allah ke atas hamba-hambaNya.
Semoga hati ini sentiasa tunduk patuh mengingatiNya.
insyaAllah



“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. Yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan lanjut dan bumi (seraya berkata), “Ya Robb kami, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka dipeliharalah kami dari siksa neraka.”
(Surah Al Imran; 3:190-191)







Keep on holding tight to HIM

Friday, July 22, 2011

HKL Diaries 3

Yeap.. still about the days in hospital.
Just a short one this time.
Alhamdulillah finished my second week of practicle in HKL.
Just another 2 days next week before I end.


So, in the second week I learnt a lot of things too. 
Often, I'll be in the 'Treatment Room' to watch the procedure performed by doctors and nurses. It's great to have the privilege to enter this room since you cannot simply enter the room. Even parents are restricted to be in that room while their child are being examined due to some reasons.


Among procedures perform in the treatment room are such as taking blood sample and set line for infusion. What is more challenging is that doctors have to perform this on babies or small kids who have a very delicate vein and the child cannot stay still. Crying is just part of the procedure. Some times it can take up to hours just to get blood sample. Just pity those children since they have to be pricked by the needle many and many times just to get it right.


One of the procedure that I manage to see last time is bone marrow aspiration (BMA). 
It was something like this
It was performed on a 2 months old, Malay boy.Imagine how small he is. It took about 5 to 6 times before the doctor can aspirate the blood. The baby of course was crying until he do not have enough energy to cry anymore. I can only hear his tiny little voice that describe the pain. The procedure is  performed in a sterile condition. It looks like a small operation though. This last for about an hour. 


On this second week also, I meet with another case of neglected child. This time was a three year old indian girl. She was admitted with small wounds all over her body. Her body showed a sign of malnutrion. When touching her shoulder I can only feel her scapula. No fat at all. Just bone underlying the skin. She was really thin. She had problems with her right leg; with some hip fracture a few months ago. Therefore she can't walk. She was very quiet and talk very softly. 
But there is one time when I play with her, that she laugh with joy. Never see her like that before. :) She was very comel indeed. 


After all, every day was very tiring for me that made me quite slow in doing my other works. huhu... This is just a few things that I had to do before facing the real job in the future. Be STRONG please <talking to myself>










Keep on holding tight to HIM

Friday, July 15, 2011

HKL Diaries 2

Alhamdulillah. Completed my first week of practical at HKL. The 4th and 5th days were quite common. Nothing much to be said. It just that, in the hospital, I can see gathering of stories of people from different background.

When taking the patient medical history, you'll got to know a bit about the family histories as well.  Sometimes when I got nothing to do, I just approach the patients' mother and ask questions. At first it was medically related and suddenly the topic changed. It depends on who do you talk to and how.

Actually I wanted to write a story about three siblings that I met in the ward that I am on duty. I'll be missing them for sure. It was my first time met with such kids. They are neglected child. When I first got to know their name, I said, 'wah, sedapnya nama budak2 ni'.


They were admitted to the hospital on last Monday(in the evening). When I arrived in the ward on the second day of my practical, I saw the three kids were still lying on the bed; sleeping, wondering what sickness they are suffered from. I am curious to know about them, until later that I knew they are not sick.

I listened to the HO who took their medical history. It's quite interesting to see how to take history from small patient. You need to use their language. :) Actually those kids came from a problematic family. Maybe its kinda completed to write it here. But I think it's enough to know that this are only one of many other cases of its kind that I got the chance to meet with.


Theses three kids are very active. They are quite grown up but their physical do not really represent their age. They are differ by each other by one year.  Listening to how they speak between each other told me about the way they are treated at home. Children are easily influence by their environment that it is important to ensure conducive education for them since small.
I spent much of the time talking to them. Hoping that they can become a good person in the future. 

I asked them a few questions about Islam. Just seeking how deep is their knowledge in it and wanted to instill their interest. Among the topics that I asked are like, solah, the 5 pillars, who is God, the prophets, etc. Glad that they are positive about it and one of them;the eldest liked to hear the Prophet's stories. But, my bad for not having much stories to tell.

This evening, I wave them a good bye for they are going to be discharge. They will be taken by some sort of welfare center to be taken care of. Hope I have the chance to meet them again in the future. 


I ended the first week, spending times with this three kids. Wondering what the other two weeks will be filled up with.  Just pray hard that the children will become a well-grown up person insyaAllah.


Keep on holding tight to HIM

Wednesday, July 13, 2011

HKL Diaries

Bismillahirrahmanirrahim..

One of the requirement in my 2nd year study of medicine is to perform nursing clinical training for 3 weeks (@150 hours) . We can either complete this in Czech or perform it in our hometown.  I chose to make it here in Malaysia since I need to come back early this summer to settle a few things.

So, I applied for my elective posting in HKL about 3 months before I came back in July.(It is actually not that complicated to apply elective posting at HKL. Just go to the website and you'll find the link for elective posting application. Just follow the instruction there). Alhamdulillah, my application was accepted and I am going to Paediatric department in HKL (as requested).

Finally, it was time for me to start the practical that will last for three weeks (11 July -29 July). On the first day, I went to the office first to set up the arrangement and followed a few procedure. The office located at the main building of HKL and luckily it was not that hard to find.

I went to the hospital every morning with my abah since his office is quite near to HKL. Alhamdulillah again.. can save the cost of travelling but I have to wake up as early as 5 am every day ^^.


Just one interesting thing on the first day, while waiting at the 'waiting area' at the A&E department before I headed of to the office; I noticed a foreigner sit in front of me. He was waiting for someone and slept on the chair. Then, when he woke up, a pak cik went on to greet him. Here was the dialogues goes:

Pakcik(P): Hi, how are you? What do you do here so early in the morning?
Foreigner(F): I'm waiting for my friend. 
P: Ouh.. where are you from?
F: I am from Czech Republic, Europe.
... and the chatting goes on.
I just smile. What a small world!!:)


At first, I thought I will do the practical alone. But when I arrived at the office, I saw many other students whom are actually were about to start their practical as well. But most of them are already in their 4th and 5th year of studies. 

We were instructed to gather in a meeting room (with the round table) and wait for the Doctor who is in charge in the arrangement of student elective posting in HKL to give some briefing. Dr. Ding told us to introduce our place of study since everyone comes from different places; Russia, Czech, Dublin, Aberdeen. They are about 15 students all together in the meeting room. 

Quoted from Dr. Ding, she said, I always learn Geography here. :) Students nowadays comes from different places. So, this is your chance to learn from others. And, my message to you, be open minded to see what's here for you.  ASK if you do not know. No one is here is paid to teach you. So, grab the opportunity to LEARN as much as you can.
Anyhow, the session with Dr. Ding was full of messages and gives an overview about career as a doctor in Malaysia. 

Next, together with me who will also doing practical in Paediatric department are another 2 students, currently studying in Russia. They were in second year as well and thus our level of knowledge are kind of the same. At least I have someone to talk to and work with along the practical... Alhamdulillah.


On the first day, only at about 11am we went to the paediatric department after settling at the office. Me and another friend were assigned to KK6 ward. At first, we met with the head nurse of the ward and she gave us a short briefing about the ward background. 


After that, we were free to go anywhere around the ward. It should be our own initiative to find any works in the ward since no one will supervise us. We are free to go for break,lunch and can go back at any time (the nurse however suggest us to stay up to 5pm). Usually I stay until around 2pm. We were given this student pas that allowed us to move around the hospital.

All students who do their elective posting were required to wear the white coat. In the ward, you'll see most of the people are with the white coat and they are consultants, MO, HO, and students like us. And everyone is addressed as doctor. :)
So, to be called as doctor in the first place was a bit weird since I am only in my 2nd year.


Plus, being in this ward for kids, the kids will always address you as doctor due to the white coat that you wear. =) And sometimes I feel like being in the nursery since there is too many kids, with all the babies crying and child running.


Most of the case reported in KK6 ward usually related with infectious diseases, skin diseases, and general cases. And seeing all the patients are among kids of younger age reflect to me that how grateful one should be. Each kid are look after by their own mother/father. Sometimes kids of upper age are accompanied by their big sister or brother. 


Up to the third day, I've seen variety of cases everyday. I am quite exhausted during the day. Not because of  much of work doing, but because I have to stand most of the time. Wonder how it will be when I have to do my houseman later.


On the ward today, me and my friend manage to follow the ward round by the consultant and HOs. We listened on how HOs need to present the cases to the consultant, the follow up questions and many more. If before this, I always heard that HO being scolded most of the time. But I do not see such thing yet so far. But I think the consultant are trying to educate the HOs well enough, and scolding in a good manner may be one of the way.


During the session, I realised that, although if you've already become a HO, it doesn't mean that you know everything. Experience and willingness is all what it takes to be more competent in this medical field. 


I am impressed by the consultants that I made this morning. They are very low profile and treat everyone well. Even manage to make joke and make the learning relax and enjoyable. mm.. maybe, that is what I felt. I'm not sure if the feeling maybe different in a place of a house-officer.


There is too much to write I think. Hope to write more next time, with more and more stories. 


I'm thinking of how my days will be in the future. How can I cope with the busyness to perform dhuha in the morning. How to attend usrah weekly. Do I have time to check emails. Time with families. and time to write something like this. 
also, how to create the 'environment' in the hospital...
too much of work yet, that's what a daie have to do right.. 

lets make dua', may Allah make it easy for everyone insyaAllah


-appreciating things around


Keep on holding tight to HIM

Saturday, July 9, 2011

Procrastinate?

Bismillahirrahmanirrahim

It had been a few weeks already that I've been in Malaysia. Always wanted to share something here. Share what I had gone through all this while and many more. But the things just kept in my mind. Hard enough to throw it into a written form. But the idea is there. 

One thing that I can share for now, use every single chance that you have to give out the best out of yourselves; for you may not have any chance at all after that if you procrastinate. This apply to all situations that you may come across in your life. Try to think once again. In any occasion, what will happen if you plan to procrastinate what you should really do at that particular time? Will you meet that that kind of situation again at any other time. Usually things do not happen as we wish. So, do what you think is right and don't think of procrastination.

-talking to myself



Keep on holding tight to HIM

Friday, July 1, 2011

Kenapa takde orang bagi tahu aku?

Kenapa dulu kau tak cakap kat aku?
Kenapa dulu kau tak bagi tau kat aku yang benda ni salah?
Kenapa tak pernah cuba tarik aku daripada buat benda2 jahiliah tu?

Tahu tak.. Kadang-kadang tu aku sedar je aku buat silap. Tapi aku susah nak tinggalkan apa yang aku buat. Sebab aku rasa benda tu best. Aku rasa seronok. Semua ni buat aku lela dan lalai eventhough aku tahu yang aku tengah buat dosa. Aku rasa gembira. Aku tak rasa bersalah pun.

Aku tahu la kau budak baik. Tak buat apa yang macam aku buat ni. Tak kawan sangat dengan budak-budak laki. Kau senang la sebab kau memang jenis yang macam tu. Tapi aku lain. Aku ada life aku sendiri.Aku dah biasa hidup macam ni. Aku bahagia dengan life aku sekarang. Kawan-kawan semua sayang kat aku. Aku ada ramai kawan yang satu kepala dengan aku. Kitorang memang selalu hang out sama-sama. Dah macam satu family.

Tapi…

Kenapa… Kenapa aku tak sedar lagi. Kan apa yang aku buat ni salah. Kau bukan nak tegur aku. At least kalau kau pernah bagi tahu kat aku dulu, takde la aku hanyut sampai jauh macam ni. Sekarang ni, dah terlewat dah untuk aku bertaubat.. Kenapa kau tak cuba tarik aku sungguh2 dulu. Kau suka ke tengok aku dengan life aku yang tak betul ni?

Bila nyawa ni dah bercerai dari badan, apa lagi yang boleh aku buat? Aku dah tinggalkan dunia. Menunggu masa untuk hari pembalasan tiba. Menunggu masa untuk diazab di akhirat. MasyaAllah… takutnya!! Time ni la baru nak ingat kat Allah. Menyesalnya dengan apa yang aku buat kat dunia dulu. Kenapa tak pernah ada orang yang cuba nak tarik aku daripada masuk api neraka? Atau adakah aku je yg keras kepala sangat sampai tak pernah sedar apabila ditunjukkan dengan jalan kebenaran..?

Apa aku nak buat sekarang ni. Aku sedar ke tak? Wahai diri, kau tahu tak kenapa engkau diciptakan kat dunia ni? Ke kau tak pernah tahu? Kalau diberi peluang, engkau nak tak kembali ke jalan yang benar? Jalan yang sepatutnya engkau ikut..

Mampu ke aku? Aku takut tak dapat nak istiqamah. Aku takut kalau aku rindukan life aku yang dulu. Aku takut aku tak boleh nak survive sorang2. Macam mana dengan kawan2 aku yang selalu hang out dengan aku dulu. Aku sayang sangat nak tinggalkan diorang. Diorang yang selalu jaga aku dulu.

_______________________________________________________________________________

"Chill out what you yelling' for?
Lay back it's all been done before
And if you could only let it be
You will see…"

Lagu Avril Lavinge berkumandang memecah keheningan pagi itu. Alarm hanset dimatikan.

"MasyaAllah, dah pukul 7! Aku tak subuh lagi ni..
Eh, jap. Aku mimpi apa ye tadi? Takpe2. Solat dulu..," monolog Anis sendirian.

Usai solat, Anis termenung panjang. Memikirkan apa yang dimimpikannya tadi.
Mimpi itu sangat memukul dirinya.

"Aku tak sedar lagi ke?" dia terus bermonolog.
Berfikir, merefleksi diri….

p/s: after viewing pictures of some friends on fb, i've thought of this...
cant say more...