Friday, June 28, 2013
Hakikat Ujian
Alhamdulillah…
Kini selamat berpijak di bumi kelahiran. Kesempatan dua bulan setengah di sini harapnya dapat dimanfaatkan sebaiknya insyaAllah. Kesukaran sudah pasti terasa kerana jauh dari biah yang sudah menjadi kebiasaan di bumi ceska serta berjauhan dari sahabat2 dunia wal akhirat.
Jauh di sudut hati, ada rasa 'takut' yang bertapak dalam diri. Rasa seperti tidak selamat walaupun berada di negara sendiri. ^^ Oh, apakah..? Moga Allah jua yang memelihara negara ini dan segala isinya insyaAllah.
Perjalanan pulang dari bumi ceska pada kali ini sedikit berbeza dan mengajarkanku beberapa perkara tentang kehidupan. Membuka mata untuk melihat dengan lebih dekat lagi warna warni bumi Malaysia. Suatu tanda bahawa masih banyak lagi tugasan yang perlu dilakukan oleh makhluk bergelar dai'.
Cabaran dan ujian pastinya akan menimpa setiap makhluk yang menjadi hambaNya di atas muka bumi ini. Di manapun kita berada, kita tak kan lari daripada ujianNya. Dan ujian itu tidak hadir melainkan apa yang telah ditentukan olehNya dan dengan tujuan untuk menguji atas amalan hamba-hambaNya. Seperti yang telah difirmankan dalam surah Al-Mulk ayat 2:
"yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa Maha Pengampun,"
Namun, mungkin saja terkadang kita mudah melatah bila mana ditimpa ujian yang besar dan tidak tertanggung. Rasa seperti ada batu besar menghempap diri, sukar untuk bergerak. Rasa jatuh (baca: down). Ini sememangnya fitrah seorang manusia , seperti mana dalam firmanNya yang berbunyi. ".. Kerana manuasia diciptakan (bersifat) lemah." -An-Nisa ayat 28
Satu lagi ayat daripada kalam suci yang seharusnya menenangkan kita ialah,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…" Al-Baqarah ayat 286.
Ayat yang bermaksud lebih kurang sama ada diulang dalam Surah Al-Mukminun ayat 62.
Jadi, setiap apa yang menimpa diri kita itu, adalah kerana Allah tahu kita mampu menanggungnya. Dan sudah pasti hanya Dia yang dapat menolong kita melaluimya. Lantas, ujian itu sebenarnya adalah tanda bahawa Allah sedang memanggil kita supaya lebih mendekatiNya. Panggilan apakah yang lebih mulia daripada panggilan oleh Yang Maha Esa untuk mendekatiNya?
Bagi yang diuji, mari sama2 reset minda kita. Cara kita memandang sesuatu itu akan menghasilkan keputusan yang berbeza. Berbaliklah kita kepada penilaian yang menggunakan neraca Ilahi semata-mata dalam setiap urusan insyaAllah.
Seems like it is easier said than done. Maka, mujahadah dan istiqamah sentiasa jadikan peneman.
Pesanan ini ditujukan terutamanya kepada diri ini terlebih dahulu.
#jomKuat#AllahSebaik-baikPenolong ^^
Keep on holding tight to HIM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment