Hanya pada Ramadhan
Setiap hari kan dihiasi dengan tilawah alquran
Dimana-mana dibaca tanpa segan
Demi mengejar pahala yang diganjarkan
Hanya pada Ramadhan
Masjid penuh setiap malam hampir sebulan
Ibu ayah dan anak-anak tidak ketinggalan
Moreh dinanti-nanti sebagai santapan
Hanya pada Ramadhan
Paling kurang 8 rakaat terawih ditunaikan
Bagi yang rajin, 20 rakaat bukan halangan
Bukanlah bilangan yang menjadi persoalan
Hanya pada Ramadhan
Bangun malam jadi amalan
Munajat dan doa padaNya bersangatan
Mencari malam yang dikatakan lebih baik daripada seribu bulan
Hanya pada Ramadhan
Makan dan minum siang hari ditahan
Begitu juga nafsu mata, hati dan tangan
Syariat dipatuhi penuh iman
Hanya pada Ramadhan
Zikrullah dan tasbih jadi rutin harian
Tak lekang menyebut nama Tuhan
Hanya mengharapkan sebuah keampunan
Hanya pada Ramadhan
Beraneka hidangan ibu masakkan
Yang dibeli di bazar juga tak ketinggalan
Asalkan cuma tiada pembaziran
Hanya pada Ramadhan
Padanya terdapat sejuta keberkatan
Malah dijanjikan juga keampunan
Serta dijauhkan daripada azab seksaan
Tiada lafaz yang bisa mengungkapkan
Rasa nikmatnya bulan Ramadhan
Seruan untuk meningkatkan ketaqwaan
Hanya pada Ramadhan
#11ramadhan
Keep on holding tight to HIM
Saturday, July 20, 2013
Friday, July 5, 2013
Tribute
Ingatanku terkenang
pada mereka
Saat mula berkenalan
dan berbicara
Berseloka dan
bergurau senda
Berkongsi ilmu dan
permata
Empat tahun bersama,
singkat terasa
Masa yang berlalu,
mematangkan usia
Hari ini mereka
memakai jubah tanda berjaya
Terbayar segala
kudrat keringat dan usaha
Semester baru yang
bakal bermula
Tak kan kulihat lagi
kelibat mereka
Kehilangan itu pasti
kan kurasa
Hanya doa menjadi
penghubung setia
Namun, perpisahan
ini cuma sementara
Kutahu ada rezeki
nanti, dapatlah bersua muka
Kini perjalanan
harus diteruskan juga
Memburu ijazah
seiring membawa risalahNya
Memori-memori indah yang dicipta bersama
Menjadi kenangan
manis yang takkan dilupa
Motivasi untuk terus
melangkah mara
Kerana di mana jua
kita, matlamatnya sama
Dari hati yang
tulus, maaf dipinta
Dalam tingkah
mahupun bahasa
Juga terima kasih
yang tidak terhingga
Atas jalinan kasih
sayang nan mesra
Semoga Dia jua yang
membalas dengan sebaik-baik ganjaran dariNya
Keep on holding tight to HIM
#finalyear#akhowats#willbemissedalways ^^
Subscribe to:
Posts (Atom)