Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi di atas kesempatan yang Allah swt berikan untuk ana mencoret sedikit cerita di dalam blog ini setelah sekian lama ditinggalkan ini. Sekadar ingin berkongsi rasa dan kisah menarik sepanjang perjalanan ke Viennna.
Sempena cuti easter baru-baru ini, ana bersama 4 orang sahabat telah pergi ke Vienna yang merupakan ibu negara Austria. Wien merupakan ejaan bagi Vienna dalam bahasa tempatan. Bandar Vienna terletak hanya lebih kurang 3 jam daripada bandar Olomouc (lokasi pengajian ana). Kami tidur di Vienna semalaman dan pulang pada keesokan harinya.
Perjalanan
Kami menaiki bas Student Agency yang bertolak daripada Brno. Kos perjalanan adalah sangat berpatutan iaitu hanya 323 kc untuk pergi dan balik. Sementara itu, tiket daripada Olomouc ke Brno juga agak murah iaitu kira-kira 90 kc. (1eur = 24kc)
Kami selamat tiba pada petang 7 April di Lassallestr./Praterstrn, Wien. Alhamdulillah. Bermulalah perjalanan kami di bumi Vienna. Kami memulakan perjalanan dengan mencari kawasan hostel yang telah kami tempah secara online. Bagi yang berminat untuk bercuti di Vienna dan inginkan sebuah tempat penginapan yang ekonomi tetapi selesa, ana nak cadangkan Hostel Rhuthensteiner.
Sewa untuk hostel ini agak murah jika dibandingkan dengan tempat-tempat penginapan yang lain memandangkan kos hidup di Vienna yang agak tinggi. Jika datang secara berkumpulan, boleh la duduk dalam satu bilik. Shower dan restroom terletak di luar bilik dan perlu dikongsi bersama penghuni-penghuni lain di dalam hostel tersebut. Free wifi juga tersedia.
Malam yang sejuk
Pada malam itu, setelah selesai solat jamak Maghrib dan Isyak, kami memulakan pengembaraan di waktu malam. Atas kelemahan kami, malam tu baru kami mencari-cari tempat menarik yang boleh dilawati. Jikalau ada notebook kecil, boleh la bawak pergi travel sekali. Sangat berguna untuk seacrh apa-apa yang patut.
Suhu pada malam itu agak sejuk sungguhpun musim bunga sudah lama menjengah. Butir-butir salji kelihatan turun dari langit menghiasi kedinginan malam. Subhanallah, atas kuasa Allah. Dapat juga merasai salji di bumi Vienna ini.
Kebanyakan kedai telah tutup pada waktu malam. Jadi kami hanya berjalan-jalan di luar sambil menghirup udara malam. Tidak tahan dengan keesjukan yang melanda, masing-masing tidak sabar untuk kembali ke bilik. Sebelum jam 12 tengah malam, masing-masing sudah lena dibuai mimpi.
Keesokan harinya, kami sama-sama solat subuh berjemaah dan baca ma'thurat bersama. Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di Vienna sebelum menaiki bas pada jam 5.40 petang. Masa yang ada kami gunakan sebaiknya.
Pada jam 9 pagi, kami check out daripada hostel dan memulakan perjalanan. Kami berjalan di sekitar bangunan-bangunan di Vienna yang menjadi kawasan tarikan pelancong. Sejujurnya, ana kurang pasti nama tempat-tempat yang dilawati memandangkan agak sukar untuk menyebut nama-nama tempat tersebut. Kami mengambil kesempatan untuk membeli sedikit buah tangan di kedai-kedai yang terdapat disini.
Metro Vienna
Satu perkara yang menarik perhatian ana ialah benda ini:
Ana kagum dengan kepercayaan yang diletakkan kepada penduduk setempat oleh keraajaan negeri Vienna. Untuk membeli surat khabar, mereka hanya perlu menyediakan wang yang secukupnya dan masukkan duit tersebut dalam tempat yang disediakan. Kemudian boleh ambil surat khabar daripada dalam plastik. Sungguh senang dan mudah. Perkhidmatan ini terdapat di banyak tempat dan biasanya diletakkan pada tiang-tiang lampu seperti ini.
Destinasi seterusnya, KFC halal. Antara salah satu tarikan untuk datang ke Vienna ialah adanya KFC halal ini. Untuk ke sini, anda boleh menaiki metro dan berhenti di stesen Handelskai. KFC tersebut terletak di dalam shopping mall, Milennium City.
What makes the trip wonderful
Apa yang ana rasakan paling menarik sepanjang trip ini ialah kesempatan untuk pergi ke Islamic Center Vienna (Masjid Vienna). Anda boleh pergi ke Masjid ini dengan menaiki metro dan berhenti di stesen Neue Donau (satu stop selepas Handelskai). Setibanya di masjid ini, subhanallah, ana berasa sangat kagum kerana dapat melihat kubah masjid tersergam indah di tengah-tengah bumi eropah ini. Sebab dah lama tak jumpa masjid.
Berdekatan dengan kawasan masjid terdapat sebuah sungai yang sangat menenangkan mata yang melihatnya. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa mendamaikan lagi suasana. Hati terasa riang apabila dapat menemui penduduk muslimat tempatan. Sungguhpun tidak dapat saling berbicara,cukuplah sekadar ucapan salam dan ukiran senyuman yang menjadi tanda ikatan persaudaraan sesama Muslim. Hati ini terasa berada dekat dengan fitrah.
Seusai solat jamak Zuhur dan Asar, dan sebelum meninggalkan masjid, kami mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan di hadapan masjid. Kemudian, di suatu sudut kelihatan dua orang pak cik sedang menjual barang-barang sepeti minyak atar, kopiah, kurma dan lain-lain. Kami semua berminat untuk melihat apa yang dijual dan masing-masing tidak melepaskan peluang untuk membeli sesuatu.
Ana just nak cakap, rasa seronok kat masjid ni. Alhamdulillah. Syukur pada Allah yang mengurniakan rasa ini. Ana kagum dengan ukhwah Islamiah yang dipamerkan oleh pak cik itu. Mereka kelihatan sangat gembira dengan kedatangan kami berlima yang lagaknya seakan kebudak-budakkan sahaja. Macam-macam juga yang kami beli di situ. Salah seorang daripada pak cik tersebut berasal daripada Bosnia dan dia tidak putus-putus memberi kami barang-barang percuma untuk dibawa pulang. Rasa terharu T_T
Satu pesanan daripada pak cik tu yang ana rasa boleh dibawa pulang ialah, "You have to learn Arabic language"
Theme park
Jam 3 petang, kami bertolak pulang daripada masjid untuk menuju ke stesen bas kami.
Ada lagi satu tempat yang kami pergi. Prater Amusement Park. Tempat ini terletak sangat dekat dengan stesen bas kami. Jadi masa yang masih berbaki kami gunakan untuk bermain di kawasan Theme Park itu. Permainan-permainan yang terdapat di situ lebih kurang sama seperti yang terdapat di Genting Highland. Ada Roller Coaster, Bumping Car, dan lain-lain lagi. Kos setiap game adalah berbeza iaitu antara 1-10 eur. Di sini juga terdapat kedai-kedai souvenir yang agak murah.
Time to go back
Diikutkan rasa nak cuba semua permainan yang terdapat di situ, namun harus berpada-pada. Kalau tak habis semua duit.hihi.. Kami hanya mencuba 2-3 permainan sahaja. Jam 5.20 petang, kami bertolak ke stesen bas.
Hampir 2 jam masa perjalanan yang diambil untuk pulang ke bumi Ceska, ana gunakan untuk menulis entry ini. Bagi sesiapa yang ingin bercuti ke Vienna, jangan lupa untuk singgah di Islamic Center Vienna. It will complete your journey insyaAllah. (saje nk promote Masjid)
Akhir kata, ana bersyukur di atas kesempatan yang Allah berikan untuk ana dan sahabat2 ana luangkan di Vienna. Ya Allah, semoga ukhuwah antara kami semakin utuh. Semoga perjalanan ini bukanlah sekadar untuk suka-suka sahaja. Tapi harapnya, semoga perjalanan ini menjadi sebuah perjalanan yang menambahkan iman insyaAllah.
Keep on holding tight to HIM