Saturday, August 14, 2010

Doa Nabi Daud

Bimillahirrahmanirrahim

Salam Ramadhan. Last time ada tonton rancangan Tanyalah Ustaz kat TV9. Tajuknya Cinta Abadi. At the end of the slot ustaz tu selalunya akan baca doa. Masa tu doa yang ustaz baca ialah doa nabi daud yang memohon cinta Allah. Ana rasa best sangat doa ni. Moga kita sama2 dapat manfaatkan.

Rasulullah shollallahu alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)


source



Friday, August 13, 2010

Book Review

Bimilliahirrahmanirrahim
InshaAllah just nak share sket beberapa buku menarik dan best!


  1. Apa Ertinya Saya Menganut Islam by Fathi Yakan
  2. (Maza Yakni Intima'I Lil-Islam)



    I first heard about this book after reading a blog entry yang menceritakan tentang perginya seorang ulama yang berjasa ini pada 13 Jun 2009. Masa tu tak rasa nak baca lagi buku ni. Then, recently ada someone cadangkan baca buku ni. Masa tu ada softcopy je. Tp tak start baca lagi. Then, sekali lagi bertembung dengan buku ni. This time jumpa yang hard copy punya. Bukunya takde la tebal sangat. Ada 210 pages.

    Memang tak rugi la baca buku ni. Sangat best. Menjawab dan merungkai beberapa persoalan serta banyak info2 yang ana baru tahu.


    Basically, buku ni ada dua bahagian.

    The first part cerita tentang syarat2 yang wajib ada pada setiap orang yang menggabungkan dirinya dengan agama Islam. Other than that, turut ditekankan ialah perkara2 yang dituntut oleh Islam ke atas seseorang Muslim supaya penggabungan mereka ke dalam agama Islam menjadi penggabungan yang sah dan benar dan seterusnya menjadi seorang Islam yang benar.


    In the second part, diterangkan pula tentang kewajipan beramal untuk menegakkan Islam dan kewajipan menggabungkan diri dengan harakah Islamiah.


    A few excerpts from the book:


    Seorang pendakwah itu mestilah memperkatakan tentang kalimah kebenaran di mana sahaja ia berkerja dan di mana sahaja ia berada, sama ada kebenaran itu disuarakannya melalui perkataan yang mampu beliau ucapkan atau ,melalui tulisan yang mampu beliau sebarkan.


    Sesaat kesabaran seseorang kamu di medan jihad adalah lebih baik dari ibadah (biasa) seseorang kamu yang dilakukan selama enam puluh tahun. (Sabda Rasulullah)


    Soft copy version of the book can be downloaded here.


  3. Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul by Fatimah Syarha Ahmad Noordin



    Mesti ramai yang dah kenal penulis novel ni kan? Ana baru je kenal nama ni. Sebab bukan hantu novel sangat. Kalau baca pun bila ada orang promote novel tu.


    Novel ni tak tebal sangat. Nipis je bukunya. But, isi kandungannya sangat mantap. Sangat sesuai untuk bacaan semua golongan yang sudah matang. Buku ni kalau bagi sebagai hadiah kahwin pun best jgak. Heheh..


    Generally, dalam buku ni, penulis menceritakan tentang perjalanan kisah cinta yang ikhlas kerana Ilahi dan akhirnya membawa kepada kebahagiaan yang abadi. If you are reading this and havent read the book yet, ana sangat syorkan untuk anda semua baca buku ni. Moga dapat ambil manfaat daripada perkongsian penulisnya.


    Takde softcopy. Kat kedai2 buku insyaAllah ada. Harga RM 12 (Semenanjung)


  1. Denyut Kasih Medik by Dr. Farhan Hadi



    Another novel yang sangat ilmiah. Penulis novel merupakan seorang medical graduate dan kini bertugas sebagai Pegawai Perubatan. Kepada yang tidak tahu, Dr. Farhan Hadi merupakan suami kepada novelis Fatimah Syarha. =D Sweet kan.. Heheh..


    Novel ni bukan sahaja bagus untuk bacaan student2 medik, tetapi sangat sesuai untuk bacaan umum. Sesiapa pun boleh baca. Since ana ambil medik, bila baca buku ni, banyak jugak la life as a doctor yang ana belajar especially kehidupan i houseman. Penulis menceritakan tentang kisah doktor muda yang sedaya upaya mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih . Turut diselitkan ialah fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh cinta.


    Banyak term2 medik yang digunakan dan disertai dengan penjelasan. Penulis juga bijak menggunakan dalil2 Al-Quran dan Hadis dalam mencorakkan penulisannya. InsyaAllah, ini akan memudahkan kita untuk menjadikannya sebagai rujukan .


    Banyak lagi yang boleh dikupas menerusi novel ni. Kan bagus kalau novel ni boleh jadi kajian sastera kat sekolah. Jika ada masa, bacalah ye. Highly recommended.


    Rasanya, cukuplah setakat itu dahulu. Actually, banyak lagi buku yang hendak dibaca dalam waiting list. Hopefully dapat finish everything within this holiday.



    Salam Ramadhan. . .




Friday, July 23, 2010

Monday, July 12, 2010

Sabar?

“Anak saya ni dah sihat tapi itupun doktor tak nak bagi balik ke? Dah dekat seminggu dia kat hospital ni. Doktor bodoh!”


“Doktor ni, cucuk anak saya. Cucuk sana, cucuk sini. Doktor ingat anak saya ni kambing ke apa?”


Afwan jika dialog diatas kedengaran agak kasar. Tapi dialog itu bukan rekaan semata-mata. Dialog itu suatu realiti kehidupan yang berlaku di sebuah wad kanak- kanak di hospital terkemuka di ibu Negara. Dialog ini mungkin hanya secebis gambaran tentang suasana di sebuah hospital yang pasti punya pelbagai ragam manusia.


Beberapa hari emak berkampung di hospital kerana menemankan adik yang sakit lelah, itu yang emak ceritakan pada saya. Pada mulanya saya tertawa lucu kerana emak juga bercerita sambil ketawa. Kemudian, tiba-tiba diri ini terfikir, bagaimana jika suatu hari nanti diri sendiri berdepan dengan situasi yang sama? Terpaksa berdepan dengan caci maki dan herdik. Terpaksa menempuh pelbagai ragam pesakit.


Diri ini, suatu hari nanti juga akan bekerja merawat manusia. InsyaAllah, dengan izin-Nya jua. Dan apa yang emak ceritakan itu, mungkin juga akan terjadi pada diri ini. Bagaimanakah reaksi diri ketika itu, jika dimarahi sedemikian rupa? Nau’zubillah bukan itu yang dipinta tetapi cuma merenungi apakah tindakan diri jika diletakkan di dalam situasi sedemikian.


Siapa yang tidak terasa hati jika diungkapkan dengan perkataan yang keji dan hina. Lebih-lebih lagi jika perkara baik yang dilakukan disalah fahami. Mampukah diri ini bersabar? Sabar. Cukupkah hanya sekadar sabar? Mungkin ada yang kata, sabar pun ada batasannya. Namun, tidak dinamakan sabar sekiranya ia tidak dapat menahan diri daripada menghadapi segala ujian yang dihadapi. Jadi, adakah sabar punya batasan?


Semuanya bergantung kepada bijaknya hati yang mengawal emosi diri dalam apa jua keadaan dan rasional yang diletakkan sebagai asas pemikiran. Mudah-mudahan diri ini terhindar daripada segala perkara yang tidak diredai-Nya. Moga diri ini sentiasa beringat.


"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar."


yang mengingatkan diri



Wednesday, July 7, 2010

Tiada Title untuk ini

Bismillahirrahmanirrahim ....

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Syukur padaNya kerana diri ini masih diberi kesempatan untuk menulis di sini. Terima kasih Ya Allah. Tinggal beberapa hari lagi berbaki di bumi asing ini sebelum pulang ke tanah air sempena cuti musim panas. Hampir setahun sudah rupanya diri ini belajar di sini. Bukan sahaja ilmu duniawi, tetapi juga ilmu tentang tujuan hidup yang sebenar. Syukur padanya kerana diri ini tergolong dalam kalangan mereka yang terpilih untuk memahami deen ini. Sungguh indah berada di dalam tarbiyyah ini. Segala apa yang berlaku disandarkan padaNya.

Dalam susah, ada senang. Dalam sukar, ada mudah. Dalam sempit, ada lapang.

Setinggi kesyukuran juga kerana dengan izinnya diri ini berjaya melengkapkan pertempuran2 di medan perang (exam) untuk tahun ini. Tika ini juga masih ada lagi sahabat2 yang sedang bertarung pena dan kertas. Moga urusan mereka dipermudahkan. Setiap orang ujiannya berbeza. Mungkin orang lain diuji dengan ujian kesusahan tetapi diri ini diuji dengan ujian kesenangan. MashaAllah, siapa kata ujian kesenangan itu mudah...

Sabda Rasulullah:
"Kebanyakan manusia terpedaya dengan 2 nikmat; masa sihat dan masa lapang"

Diri ini cuba memanfaatkan masa yang ada. Mengisi jiwa dan hati supaya kembali dekat kepada fitrahnya. Membaiki lompong2 yang kosong agar tidak dibiarkan terus kosong. Mengisi diri supaya dapat memberi biarpun sedikit. InsyaAllah...

Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Teringat kata2 seorang akhwat: "Baikilah diri dan serulah orang lain"

Semoga kita sentiasa berada di bawah lindunganNya dan moga diri ini terus kuat dalam tarbiyyah ini.


yang mencari kekuatan

Friday, May 28, 2010

Draw Mohammed Day': Bold affirmation of free speech or malicious attack on Islam?

"When you attack black people, they call it racism. When you attack Jewish people, they call it anti-semetism. When you attack women, they call it sexism. When you attack homosexuality, they call it intolerance. When you attack your country, they call it treason. When you attack a religious sect, they call it hate speech. But when you attack the Prophet (peace be upon him), they want to call it freedom of speech? The message is clear, freedom of speech has to be constructive not destructive, encouraging not discouraging, peaceful not hateful and most of all it should bind people not divide them...For me any insult against any religion or religious figure or Holy scripture is sheer ignorance and not freedom of speech!"

Friday, May 21, 2010

“Jika seseorang diberitahu oleh sahabatnya mengenai suatu hal, lalu ia pergi, maka hal tersebut telah menjadi amanat (rahsia yang harus dijaga) baginya.”

(Abu Dawud, Tirmidzi, Ahmad)



“Siapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya….”

(Muslim)







Saturday, May 15, 2010

Woman, are you strong enough?

KEGAGAHAN seorang WANITA bukan pada fizikalnya, tapi pada
KEKUATAN perasaan TAHAN menerima sebuah kehilangan
TABAH menanggung rindu tika ditinggalkan dan
TIDAK meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
KEGAGAHAN seorang wanita berdiri atas TEGUHnya IMAN...


Monday, May 3, 2010

Sejenak

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, dari Rasulullah saw bersabda :

Siapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mu’min dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, nescaya Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan nescaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat dan siapa yang menutupi (aib) seorang muslim Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan akhirat. Allah selalu menolong hambanya selama hambanya menolong saudaranya. Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mendapatkan ilmu, akan Allah mudahkan baginya jalan ke syurga. Tidak ada orang berkumpul bersama di salah satu rumah Allah, membaca kitab Allah dan mempelajarinya di antara mereka sendiri, kecuali ketenangan yang turun ke atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengelilingi mereka,serta Allah sebut-sebut mereka pada makhluk disisi-Nya. Dan siapa yang lambat amalnya, hal itu tidak akan dipercepat oleh nasabnya.

[Riwayat Muslim]




Tuesday, April 27, 2010

We make a living by what we get, but we make a life by what we give


In this life, we always get so many things. Food, money, clothes, educations and many more. Sometimes, we get things without we even ask for it. The fact that you are reading this shows that you do not miss the rapid development of the world today. The world wide web, the latest lap top and iPhone model that you use to surf the internet indicates that you are among the so called 'lucky' to be able to have all these.

But, not everyone get what they want. No matter how much they ask for it. That's why we must help those people. God is always justice. He always give enough gifts to his slaves. It is our responsibilities to contribute something to those who are in need. So that it is fair to everyone. NO one will be left out from getting their right.

I will like to take this opportunity to inform you about the Indonesia Relief Mision organised by the Islamic Medical Association of Malaysia, UK-Ireland Student Chapter.

A new donation account has also been added. The detail is as follow:

ISLAMIC MEDICAL ASSOCIATION OF MALAYSIA, MALAYSIA STUDENT CHAPTER
Acc. Name : Farhana Ibrahim Lutfi
Account No : 10703700283962
Bank Name: RHB Bank

For more information, you can visit this website. May God help us in everything that we do and only to him should we return.

If you lend Allâh a goodly loan (i.e. spend in Allâh's Cause) He will double it for you, and will forgive you. And Allâh is Most Ready to appreciate and to reward, Most Forbearing, [At-Taghabun;64:17]


Wednesday, April 21, 2010

Fikirkan

Saudaraku, serendah-rendah ukhuwwah adalah berlapang dada

Dan setinggi-tinggi ukhuwwah adalah ithar~mengutamakan orang lain dari diri sendiri


Orang-orang yang hidup dibawah naungan cinta dan ukhuwwah kerana Allah...
akan merasakan kebahagian dan ketenangan
yang tidak pernah dirasai oleh orang-orang yang berkumpul kerana urusan duniawi...

"Sesungguhnya, seorang muslim itu,
apabila berjalan di jalan dakwah,
ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja,
dibawa bersama hati saudaranya,
justeru setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya
pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya"
-Mustafa Masyhur

[Al-Hujurat, 49:10]



Saturday, April 10, 2010

Sleep?

Praise be to Allah for enabling us to breath once again today. To be able to see His wonders. To be able to listen to His words. To be able to taste His love. To be able to smell His kindness.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.



Every single day when we wake up, what's the first think that comes to our mind?

"What's the time now?", will probably be our first question. No matter we wake up from our usual night sleep or from a short nap or from any other sleep at anytime.

It shows that how time play an important role in our daily life. Because time determine our every single action. When we sleep, we are not capable of doing anything since we are in an unconcious state that prevent us from doing anything. The most that we can do is breathing as a sign that we are still alive. But our mind are swithced off to send signal for us to do any physical activities.



However, this dose not mean that our mind is completely off. When we sleep, our mind are just resting after full day of working and still conduct minor activities. That is why, we can have a dream when we sleep due to the activity of the mind that made it possible for us to think when we sleep.


Here's a quick fact about what happens during sleep:


You don't notice it, of course, but while you're asleep, your brain is still active. As people sleep, their brains pass through five stages of sleep. Together, stages 1, 2, 3, 4, and REM (rapid eye movement) sleep make up a sleep cycle. One complete sleep cycle lasts about 90 to 100 minutes. So during an average night's sleep, a person will experience about four or five cycles of sleep.


Stages 1 and 2
are periods of light sleep from which a person can easily be awakened. During these stages, eye movements slow down and eventually stop, heart and breathing rates slow down, and body temperature decreases. Stages 3 and 4 are deep sleep stages. It's more difficult to awaken someone during these stages, and when awakened, a person will often feel groggy and disoriented for a few minutes.

Stages 3 and 4 are the most refreshing of the sleep stages — it is this type of sleep that we crave when we are very tired.
The final stage of the sleep cycle is known as REM sleep because of the rapid eye movements that occur during this stage. During REM sleep, other physical changes take place — breathing becomes rapid, the heart beats faster, and the limb muscles don't move. This is the stage of sleep when a person has the most vivid dreams.
Sleep is essential. But overdose sleep or sleepless is not a good lifestyle. We need sleep to regenerate our brain. To be more refresh. To be more healthy. And the most importantly to be able to perform our responsibility towards HIM .
Have you got enough sleep today? Or, are you just woke up from 'after subuh' sleep? What ever the condition is, we know ourselves better. Sometimes, we sleep not because we are tired. Not because we are sleepy. Maybe we sleep just to runaway from the world for a while.



He is Who has appointed for you the night taht you may rest therein, and the day to make things visible (to you). Verily, in this ayat (proofs, evidences,verses, lessons, signs, revelation, etc) for a people who listen (ie. those who think deeply). [Yusuf:10:67]

SLEEP. The best sleep is when coupled with the intention of Allah.

Wallahualam.


"Still sleeping" Wake me up!

Wednesday, April 7, 2010

What stop you?

Do you ever come to a situation where, when you were assigned for a particular task, and you think you cannot complete the job?


Why do such thinking arise? Why do you think that you cannot do the task? What restrict you from doing so?

Just look at anything that happened in your daily life, something small and simple.

You wanted to wake up early for Qiamulail but end up wake up late and even almost miss the Subuh prayer.

early_morning_wake-up_call

You wanted to finish reading your anatomy book but end up facebooking on the internet.


You wanted to finish your homework as soon as you get back from school but you simply procrastinate and end up leaving the homework unfinished.

simpsons_procrastinate.jpg

There are many other things that you can described about and you know yourselves better.

So, what is the main cause of all these matters.

REASONS!

You always lie on reasons if you do not manage to do a particular task. You give lots and lots of reasons.

These reasons are actually what refrain you from completing your work.

If you claimed that you are tired of doing your work and wanted to have a rest for a while; this is a reason.
If you claimed that you do not know about something because you still haven't finish reading the topic; this a reason.

As you can see, reasons stop you from trying to actually complete your task. Reasons made you feel in a comfortable condition for not completing the task.


According to the dictionary, one of the meaning for the word reason is: A declaration made to explain or justify action, decision, or conviction.

From what I understand here, reason is only valid once you have do the action and you do not succeed. It is only valid once you have made the decision and it seems that it is not a right one.

If you give reason without actually trying to complete the task yet, therefore the reason is not valid.

So, how many reasons have you made everyday to comfort yourselves for not completing your responsibility?

If you can omit those reasons, you can go far. What stop you from moving on is because of these reasons.

Reasons stop you from being a dynamic person. Reasons stop you from develop your potential. Reasons cannot simply be accepted.

However, sometimes it is not as simple as that to do not reasoning anything. We were given a brain that is the most powerful thinking tools ever created. So, use it wisely to the maximum.


Think. Act. And stop reasoning!

A reminder to myself.


Monday, April 5, 2010

Running away?

Have you ever feel so down or so guilty in your life. You feel like suddenly there is something wrong in everything that you do. You feel like nothing that you do is right.

High Tension Danger Clip Art

And you come to think that,
"What had happened to me?"
"What have I done wrong?"
"Why I feel like this?

You try to figure out. But the more you think of it, the more complicated it becames. Your problems seem to stuck in mind and your heart became hard that you can't reach to any solution.

You want to run away. Run far away from all the problems that surround you. You think that run and hide from the problem is the best thing to do. But, can you do that?
In fact, there is no way to run!!!

Here is something to ponder:
One Sunday morning, you are waiting for a bus at the bus stop and you see a small child (about 3 or 4 years old) and his mother waiting for the same bus too. The child hold on tight to her mother's hand so that he know that his mother will not go any where. Then, the child suddenly walk away from his mother and go to the dustbin near by the bus stop. He see an old broken toy and take it. The toy is quite dirty. The mother calls her son because she doesn't want her son to get dirty too. But the son refuse to do so. In his mind, he just think about that old and broken toy that seems pleasant to his eye. Her mother begins to feel angry and raise up her boice a bit. Her son still do not listen to her. After a few minutes, then the bus come. The child quickly leave the toy and get back to his mother; hold on to her mother ones again. Hold on her hand tightly because he know only her and no one else.

There's no way for him to run.

Actually, we are like the small children who cannot run from the hand of our Creator. We are in need of Him. Because, He knows better. Only He can guide us. We should actually run to him. So, in whatever condition that we are, only the remembrance of Allah can help us feel better. From Him we came and to Him we shall return ourselves.

And when My slaves ask you (O Muhammad SAW) concerning Me, then (answer them), I am indeed near (to them by My Knowledge). I respond to the invocations of the supplicant when he calls on Me (without any mediator or intercessor). So let them obey Me and believe in Me, so that they may be led aright. [Al-Baqarah,2:189]

A reminder to my self ...


What's up?

May peace be upon you to whoever reading this.

File:Busy desk.svg

It has been quiet a while since I do not update anything here. Erm... too busy? That shouldn't be taken as a reason supposingly. Well, lets not talk about this.

Children Childrens Day, learn

All this while, many things had happened. Many things had been learnt too. Now, it's time to apply. To apply what? To apply what I've learnt. What have I learnt? Nothing so special about but it is essential.

It's not special because it is something that everyone should learn and know about. It is essential because, without it, we will get to nowhere.

30 Hand-picked Flash and Essential Actionscript 3.0 Tutorials

I've learnt something that can guide me to lead a meaningful life. And I should share this with the people out there so that everyone will not waste their life just like that. I really mean EVERYONE. Every single person in this world. No one should be miss out.

Narrow Irish Road

I hope I'm on the right track and will continue implementing and applying things that I learnt in any way that I can. This maybe one of the way...

We will help you through the implementation process

The fact that you are in whatever condition right now is because you are capable of doing it. You are capable, because HE said so. So, do not lose hope and continue hold on HIS mercy. You will not regret.

"O my sons! Go you and enquire about Yûsuf (Joseph) and his brother, and never give up hope of Allâh's Mercy. Certainly no one despairs of Allâh's Mercy, except the people who disbelieve." (Yusuf, 12:87)

Lets make a move, its either now or never...



Saturday, February 27, 2010

Kisah Renungan

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatn ya sendiri. Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba- tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.


Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib,bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin” Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya.


Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin”.


Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Semen tara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.


Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya.


Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”


Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. “Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga
seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya”Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”. Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah.


Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menj adi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…


Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu
berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita
perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita
sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa
terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak
pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan…oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar
kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa
yang kita buat( “,)..



Thursday, January 21, 2010

Choose one ...

"Kalau kamu tak mampu berdakwah dengan lisan, maka berdakwahlah dengan tulisan, kalau kamu tidak mampu untuk berdakwah dengan tulisan, maka berdakwahlah dengan perbuatan (akhlaq) dan jangan sampai kerana kamu, maka orang akan mengatakan bahawa Islam adalah agama yang tidak sempurna."

Renung-renungkan dan selamat beramal. =D




Thursday, January 14, 2010

Jumaat - Friday

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi) Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq." (Riwayat Al-Baihaqi) Hadis riwayat Ibnu Kathir dari Umar r.a., siapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkanNya antara dua Jumaat.

Sunday, January 3, 2010

Hidup untuk apa?

Someone: Ada orang berkata, “Si bodoh hidup kerana mahu makan, manakala Si pandai makan kerana mahu hidup.”
Pernyataan ini tidak menyelesaikan masalah. Kerana hidup itu sendiri bukanlah suatu Tujuan. Persoalan masih tetap ada, Kenapa manusia hidup?
Para materialisme menjawab : “Sesungguhnya manusia hidup untuk dirinya sendiri dan untuk mengecapi nikmat dunia.”
Manakala, orang-orang beriman menjawab: “Sesungguhnya manusia hidup hanya untuk Tuhannya yang Maha Tinggi dan untuk hidupnya yang kekal abadi.”
-Yusuf Qaradawi- ^_^